Harian Metro

Bincang sebelum ambil tindakan

-

Kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN) akan berbincang sebelum mengambil tindakan berhubung isu seorang Ketua UMNO Bahagian yang ditahan selepas didapati positif dadah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil menyifatka­n perkara itu sebagai malang kepada parti dan tidak sepatutnya berlaku, Timbalan Perdana Menteri mahu ia diselesaik­an dengan baik.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n isu itu memberi kesan kepada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14).

“Dari segi perundanga­n dan penguatkua­saan, kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah. Namun, dari segi moralnya, ia amat mendukacit­akan dan tidak seharusnya berlaku.

“Kita akan mengadakan perbincang­an dengan Presiden (UMNO), Datuk Seri Najib Razak mengenai tindakan yang akan diambil dan setakat ini, belum ada lagi penggantun­gan dibuat,” katanya.

Bharu: Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan RM28 juta untuk projek pembanguna­n dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini.

Khabar gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Warga PDRM Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan itu termasuk bagi mengecat semula bangunan IPK, menggantik­an lif baru serta membina dewan terbuka yang lebih besar.

“Selain itu, kerajaan juga menambah RM50,000 lagi untuk aktiviti Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPK ini, manakala RM10,000 bagi setiap PERKEP daerah.

“Kerajaan amat maklum yang PERKEP perlu bantu suami, menaikkan semangat pegawai dan anggota polis, disebabkan itu kita bersetuju untuk beri peruntukan ini,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi Polis Kontinjen Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia