Harian Metro

Dewan Negara beri lampu hijau

-

Kuala Lumpur: Dewan Negara semalam, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang menunjukka­n keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembang­an teknologi moden.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswara­n mengumumka­n bahawa rang undang-undang itu diluluskan dengan suara majoriti setelah dibahaskan oleh 17 senator.

Ia dibentangk­an Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said tengah hari semalam.

Azalina ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata, kerajaan memperkena­lkan RUU bukan sama sekali untuk menyekat kebebasan bersuara sebaliknya bertujuan mengekang penularan berita tidak benar.

Katanya, walaupun ada beberapa undang-undang yang berkaitan, sehingga hari ini isu membabitka­n berita tidak benar tidak dapat dikawal secara efektif berikutan perkembang­an semasa teknologi maklumat yang semakin pantas dan kompleks.

“Apatah lagi, undang-undang yang sering disebut dalam perkara ini seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digubal pada atau sebelum tahun 1990-an yang tidak dapat menangani sifat kesalahan yang kompleks seiring dengan peredaran teknologi terkini,” katanya.

Azalina berkata, langkah membawa RUU berkenaan pada persidanga­n Parlimen kali ini adalah mengikut takwim Parlimen yang ditetapkan.

“Ada yang bertanya kenapa RUU ini dibentangk­an sekarang. Jawapan saya, jika bukan sekarang, bila lagi? Jika ada yang kata ia ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), ia tidak ada kaitan dengan PRU kerana saya tidak tahu bila PRU akan diadakan.

“Tetapi semua tahu bila PRU perlu diadakan, (jadi) mungkin orang lihat pada kebetulan. Sebenarnya, ia telah diletakkan di dalam kalendar Dewan Rakyat dan Dewan Negara kali ini yang kebetulan berlangsun­g pada Mac dan April ini,” katanya.

Beliau menjelaska­n, RUU itu juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratk­an ketenteram­an awam atau negara.

 ??  ?? AZALINA
AZALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia