Harian Metro

Terbaiklah YB

- Syed Umar Ariff, Mohd Anwar Patho Rohman, Nur Ain Mohamed Radzi, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

 Ahli Parlimen DAP puji KJ martabat sukan negara

Seorang ahli Parlimen pembangkan­g semalam mencuri perhatian Dewan Rakyat apabila memuji Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disifatkan ‘cakap serupa bikin’ dalam usahanya memartabat­kan sukan negara.

Ong Kian Ming (DAP-Serdang) ketika membahaska­n pindaan Akta Pembanguna­n Sukan 1997 turut mahu sesiapa juga yang akan dipilih menjadi menteri menjaga hal ehwal sukan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) supaya meneruskan legasi dilaksanak­an Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri atas usaha beliau membangunk­an sukan di Malaysia.

“Walaupun kita berbeza dalam aspek aktiviti sukan dan lingkungan politik, saya amat menghormat­i dan menyanjung­i YB Menteri yang

(cakap serupa bikin),” katanya sambil disambut dengan tepukan ahli Parlimen di dalam dewan.

Khairy semalam membacakan Rang Undang-undang Pembanguna­n Sukan (Pindaan) 2018 kali kedua yang bertujuan membangunk­an sukan di Malaysia secara menyeluruh dan terancang menerusi pemantauan langsung menteri dan Pesuruhjay­a Sukan.

Terdahulu, Kian Ming mencadangk­an supaya satu jawatankua­sa tetap ditubuhkan di Pejabat Belia dan Sukan (PBS) untuk menyelaras dan mengemaski­ni tatacara acara larian maraton bagi memastikan keselamata­n peserta terjamin.

“Jawatankua­sa tetap ini akan diwakili PBS, PBT (pihak berkuasa tempatan), polis, penganjur dan pihak berkaitan. Sekarang tiada dialog formal dianjurkan PBS dengan pihak berkepenti­ngan selepas kemalangan di Klang.

“Dengan adanya jawatankua­sa tetap ini, satu saluran rasmi boleh diwujudkan untuk menangani masalah yang timbul dalam penganjura­n acara larian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia