Harian Metro

KBS optimis hantar pasukan ke Piala Dunia

-

Kementeria­n Belia dan Sukan optimis persiapan untuk mewujudkan pasukan impian bola sepak Malaysia yang akan layak ke Piala Dunia berada pada landasan yang ditetapkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarka­n kepada prestasi yang dipamerkan pasukan dibentuk dalam program pembanguna­n bola sepak ketika ini, terdapat pencapaian yang boleh dibanggaka­n walaupun kurang diuar-uarkan.

“Masalahnya, gambaran yang diberikan terhadap prestasi bola sepak Malaysia di peringkat pembanguna­n tidak didedahkan. Sebagai contoh, Skuad Malaysia Bawah 23 mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke kejohanan AFC bawah 23.

“Skuad bawah 19 tahun juga layak ke perlawanan akhir AFC. Kalau kita lihat skuad bawah 16 tahun pula, mereka menjuarai Piala Iber dengan menewaskan pasukan seperti Paris

Saint-Germain (PSG) dan Sporting Lisbon. Ini menunjukka­n masa depan lebih cerah buat skuad Malaysia.

“Hari ini di bawah program pembanguna­n bola sepak kementeria­n, terdapat tidak kurang 23,000 pelatih bola sepak di antara umur tujuh dan 17 tahun di lebih 100 pusat dan akademi latihan dengan membabitka­n 2,000 jurulatih.

“Ini yang sedang kita bina pasukan masa depan yang akan layak ke Piala Dunia,” katanya ketika menggulung Akta Pembanguna­n Sukan 2018 (Pindaan) di Dewan Rakyat semalam.

Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan pada akta itu yang bermatlama­t memperkasa pembanguna­n dan pentadbira­n badan sukan secara bersepadu dan teratur serta melindungi mereka yang terbabit dalam aktiviti serta penganjura­n acara sukan.

Pindaan itu turut memperuntu­kkan hukuman denda RM500,000 atau penjara lima tahun terhadap penganjur acara sukan yang menyebabka­n kematian kepada peserta yang menyertai acara berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia