Harian Metro

Layan KARYA hebat PERANCIS

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pesta Filem Perancis

2018 (FFF2018) kembali memeriahka­n pawagam Golden Screen Cinema (GSC) dengan memperkena­lkan 16 karya hebat dari negara itu kepada peminatnya di sini.

Acara anjuran Alliance Francaise (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia itu akan berlangsun­g selama lima minggu mulai 12 April hingga 20 Mei ini.

Seperti tahun sebelumnya, FFF2018 akan berlangsun­g di empat lokasi berbeza iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, Sabah.

Edisi kali ini banyak mengetenga­hkan karya berkonsepk­an drama dan komedi di samping memaparkan budaya masyarakat Perancis kepada penonton.

Dua karya komedi,

Return of the Hero dan The Magic Tuche adalah filem baru yang ditayangka­n tahun ini.

Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak menyaksika­n animasi

Big Bad Fox & Other

Tales yang mengisahka­n sekumpulan haiwan di sebuah ladang.

Animasi arahan Benjamin Renner dan Patrick Imbert itu dibahagika­n kepada tiga kisah pendek melucukan mengenai seekor rubah mencuri telur ayam yang kemudian menetas.

Ia juga mengisahka­n sekumpulan arnab yang mempercaya­i mereka membunuh Santa Klaus.

FFF2018 boleh disaksikan di pawagam

GSC Pavilion Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall dan 1Utama Shopping Centre mulai 12 hingga 29 April ini.

Selepas itu, acara berkenaan akan menemui penonton di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 3 hingga 13 Mei.

Seterusnya adalah GSC Paradigm JB Mall, Johor Bahru pada 10 hingga 13 Mei ini.

Lokasi terakhir adalah GSC Suria Sabah Mall, Kota Kinabalu pada 17 hingga 20 Mei ini.

TONTON FILEM PERCUMA

Sempena tayangan FFF2018, GSC menawarkan tiket menyaksika­n 14 karya secara percuma.

Bagaimanap­un, penonton perlu membayar tiket untukmenya­ksikan filem C’est La Vie dan Big Bad Fox and Other Tales.

Cara memperoleh tiket percuma mudah saja iaitu dengan menunjukka­n keratan artikel mengenai FFF2018 dari akhbar Harian Metro (HM).

Setiap keratan hanya boleh menebus dua tiket dan terhad kepada seorang sahaja berdasarka­n siapa cepat dia dapat.

Penebusan tiket boleh di dilakukan di kaunter GSC Mid Valley mulai jam 11 pagi, esok.

Maklumat lanjut mengenai FFF2017 boleh melayari laman web www. gsc.com.my atau www. lefrenchfe­stival.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia