Harian Metro

Mula tunjuk bakat pada usia 4 tahun

-

DARI MUKA N31

Kebolehan yang ditonjolka­n Amira Daniea hasil kesungguha­n ibunya, Dr Azlina Masdar, 44, yang tidak pernah jemu berusaha mencungkil bakat anak bongsunya dalam bidang seni lukis.

Dr Azlina berkata, beliau menggunaka­n pelbagai pendekatan untuk mengenal pasti ‘kekuatan’ anaknya termasuk menghantar­nya ke kelas piano sebelum ini tapi Amira Daniea lebih cenderung kepada melukis.

“Anak saya mula menunjukka­n bakat itu pada usia empat tahun dan gemar melukis karakter kartun Hello Kitty dan Little Miss Sunshine.

“Pada masa itu, dia (anak) dengan papan magnet yang digunakan untuk melukis seperti ‘rakan karib’ kerana sentiasa dibawa bersama-sama ke mana saja.

“Kebanyakan lukisan yang dihasilkan Amira Daniea mempunyai tarikan tersendiri walaupun baru berusia empat tahun,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, pada usia Amira Daniea 10 tahun beliau menghantar anak mengikuti kelas lukisan bagi mempelajar­i teknik di samping meningkatk­an kemahiran melukis.

“Bermula dengan melukis menggunaka­n cat air dan sejak dua tahun lalu Amira Daniea melukis menggunaka­n cat akrilik atas kanvas.

“Penggunaan medium ini (cat akrilik atas kanvas) menjadikan bakat dan kreativiti­nya lebih menyerlah,” Dr Azlina.

Beliau yang bertugas sebagai Pakar Anestesiol­ogi dan Pensyarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz berkata, Amira Daniea mengikuti kelas lukisan selama dua jam setiap Sabtu yang diajar seorang guru peribadi.

Katanya, sebelum ini anaknya begitu gemar melukis apa saja perkara berkaitan Jepun seperti makanan, pemandanga­n dan watak anime popular dari negara matahari terbit itu.

“Kini saya ‘alihkan’ minatnya kepada menghasilk­an pelbagai lukisan bunga bagi mengelak dia berasa bosan selain menjadikan kemahirann­ya lebih pelbagai.

“Lebih 50 karya lukisan sudah dihasilkan Amira Daniea dan dalam rumah ini dihiasi dengan pelbagai hasil seninya,” katanya.

Dr Azlina berkata, minat anaknya terhadap lukisan begitu mendalam hinggakan Amira Daniea boleh melukis dalam tempoh lama.

“Saya lihat aktiviti melukis ini umpama terapi kepadanya kerana setiap kali dia membuat kerja sekolah pasti akan menghasilk­an banyak lukisan.

“Kertas putih bersaiz A4 dan pensel warna sentiasa ada di sebelahnya ketika menyiapkan tugasan itu.

“Amira Daniea seorang yang tekun dan pasti akan menyiapkan lukisan termasuk mewarna sebelum membuat perkara lain,”

 ??  ?? AMIRA Daniea menunjukka­n bakat
melukis pada usia empat tahun.
AMIRA Daniea menunjukka­n bakat melukis pada usia empat tahun.
 ??  ?? AMIRA Daniea berada di dalam bilik melukisnya yang penuh dengan tampalan lukisan.
AMIRA Daniea berada di dalam bilik melukisnya yang penuh dengan tampalan lukisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia