Harian Metro

Curah idea jana pendapatan

-

4 penceramah beri motivasi, pengenalan perniagaan e-dagang dan dalam talian

DARI MUKA N31

Oleh itu, LRTC menganjurk­an Rumah Terbuka Sayang dan Hormat Untuk Pelarian di Pusat Rangkaian Kemampanan (SusNET) di Plaza Ativo, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pengasas bersama syarikat berkenaan Ahmad Zilhaimi Zainuddin, berkata program itu disertai 28 pelarian dari empat negara iaitu Palestin, Syria, Somalia dan Afghanista­n untuk membantu mereka menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan yang lebih baik di negara ini.

“Terdapat empat penceramah dalam program ini yang memberikan motivasi, kemahiran dan pengenalan kepada perniagaan e-dagang serta dalam talian kepada peserta.

“Peserta juga turut membuka gerai yang menjual produk masingmasi­ng seperti makanan, aksesori perhiasan wanita dan kraf tangan,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, sebelum program itu dilaksanak­an beliau menemu bual pelarian untuk melihat secara lebih dekat kehidupan sebenar mereka apabila baru berhijrah ke negara ini dan mendapati keadaannya agak teruk.

“Ada pelarian yang mempunyai kelulusan dan pekerjaan profesiona­l di negara asal seperti pelarian Syria.

“Apabila berada di negara ini mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan kerana tidak mengetahui kaedah pemasaran yang betul,” katanya.

Katanya, dalam program itu beliau bekerjasam­a dengan rakan perniagaan­nya dari Singapura yang menjalanka­n perniagaan menggunaka­n platform e-dagang supaya pelarian dapat memasarkan produk dengan lebih meluas.

Pelarian Syria, Ramia Hassan Diab, 36, berkata, dia berhijrah ke Malaysia tiga tahun lalu dan kini menjalanka­n perniagaan menjual aksesori perhiasan wanita di pusat beli-belah.

Dia yang sebelum ini bertugas sebagai guru di Syria berkata, perniagaan itu dijalankan kerana minat terhadap barangan berkenaan yang dibuat sendiri.

“Alhamdulil­lah, saya pernah memperoleh hasil jualan RM400 sehari dan bersyukur kehidupan keluargany­a lebih baik berbanding ketika peringkat awal tinggal di negara ini.

“Sekiranya konflik di Syria berakhir, saya mahu pulang ke tanah air untuk bersama-sama membangunk­an kembali tanah air,” katanya. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? SEBAHAGIAN aksesori perhiasan wanita yang dijual pelarian dalam program Rumah Terbuka Sayang dan Hormat Untuk
Pelarian.
SEBAHAGIAN aksesori perhiasan wanita yang dijual pelarian dalam program Rumah Terbuka Sayang dan Hormat Untuk Pelarian.
 ??  ?? Peserta juga turut membuka gerai yang menjual produk masingmasi­ng seperti makanan, aksesori perhiasan wanita dan kraf tangan
PELARIAN Palestin, Mona Abdullah
Alnajjar menunjukka­n Nasi Mandi Ayam yang
dijualnya.
Peserta juga turut membuka gerai yang menjual produk masingmasi­ng seperti makanan, aksesori perhiasan wanita dan kraf tangan PELARIAN Palestin, Mona Abdullah Alnajjar menunjukka­n Nasi Mandi Ayam yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia