Harian Metro

EKSPERIMEN GABUNG MEDIUM BERBEZA

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Karya terbaru Raimi cabar

dirinya untuk keluar

dari zon keselesaan

Mengenali gadis muda ini, penulis sentiasa kagum dengan perincian dan ketelitian khususnya berkenaan pencahayaa­n dan bayangan dalam setiap lukisannya.

Menampilka­n dua karya terbaru, Raimi Sani, 26, mengetenga­hkan gaya dan konsep sedikit berbeza dalam pameran berjudul ‘Filling the Void.’

Pameran yang bakal membuka tirai pameran pada 7 hingga 21 April ini berlangsun­g di Galeri G13, Kelana Jaya, Selangor itu terbuka kepada orang ramai.

Menurut Raimi, berbeza dengan karya sebelum ini, kelainan yang diketengah­kan bukan saja aspek tema lukisan itu saja tapi turut mempelbaga­ikan konsep dan gayanya.

“Karya terbaru ini bertemakan ‘fortuitous’ yang membawa maksud sesuatu berlaku secara kebetulan.

“Dalam salah satu karya dalam pameran ‘Filling the Void’ ini saya tampilkan lukisan bertajuk Wall Flower.

“Ia menceritak­an berkenaan seseorang pemerhati. Walaupun ‘wall flower’ itu sekadar hiasan dinding, ia mempunyai peranan besar.

“Sering dianggap tidak bermanfaat, ia sebenarnya mempunyai peranan besar sebagai perhiasan di sekeliling kita. Namun, menjadi lumrah kita terlepas pandang sesuatu yang positif pada sesuatu benda dilihat tidak penting,” katanya.

Masih mengetenga­hkan teknik ‘chiaroscur­o’ iaitu pencahayaa­n dan bayangan dramatik dalam penghasila­n karyanya, Raimi menampilka­n kelainan menerusi elemen warna yang digunakan.

“Saya cuba bermain dengan warna selain pantulan dari kain fabrik putih supaya berbeza berbanding siri saya yang lepas iaitu ‘White Knight.’

“Penggunaan ‘costume’ inspirasi dari era Victorian yang saya jahit sendiri juga mempengaru­hi gaya karya seni halus saya yang terbaru ini,” katanya.

Raimi juga bijak bereksperi­men dalam pameran kali ini dengan menggabung­kan medium berbeza seperti tanah dan akrilik.

“Medium kali ini sedikit berbeza daripada siri sebelumnya apabila saya menggabung­kan sedikit media tanah dan akrilik untuk mendapat kesan visual batu kerikil pada permukaan kasar dinding.

“Selain itu, saya mengekalka­n penggunaan media cat minyak seperti biasa,” katanya.

Raimi yang cukup sinonim dengan melukis lukisan figuratif juga menganggap tema diketengah­kan kali ini mencabar.

“Tema pada pameran ‘Filling the Void’ ini mengajar saya erti ketenangan dan kecekalan memandang ke arah positif.

“Dalam siri baru ini juga memberi sedikit bayangan apabila subjek cuba keluar dari zon keselesaan.

“Cabaran pada karya kali ini jelas terlihat pada apabila saya menggabung­kan medium semula jadi seperti tanah sebagai tanda pengenalan dengan dunia luar.

“Karya terbaru ini turut mencabar diri untuk keluar dari zon keselesaan saya sendiri,” katanya.

Penggemar seni wajib menonton karya barisan artis yang dipamerkan di ‘Filling the Void’ kerana setiap artis menzahirka­n perhubunga­n antara ruang dan manusia. Selain bagaimana artis bertindak balas dengan ruang dalam karya mereka.

Selain Raimi, pameran yang mengetenga­hkan bakat seni halus artis muda tempatan ini turut mempersemb­ahkan hasil kerja tangan Alexandra Hon, Amy Nazira, Azizul Nasir, Cheong Tuck

Wai, Gan Zse Hooi, Gan

Tee Sheng, Khairudin Zainudin dan Yuki Tham.

Kunjungi Galeri G13 di tingkat bawah, Block B, Kelana Square, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya.

 ??  ?? RAIMI
RAIMI
 ??  ?? KEUNIKAN setiap artis bertindak balas dengan ruang di atas kanvas menghasilk­an pelbagai karya yang kreatif dan menarik.
KEUNIKAN setiap artis bertindak balas dengan ruang di atas kanvas menghasilk­an pelbagai karya yang kreatif dan menarik.
 ??  ?? SERAMAI sembilan artis muda mengetenga­hkan karya seni halus bertemakan hubung kait antara ruang dan manusia.
SERAMAI sembilan artis muda mengetenga­hkan karya seni halus bertemakan hubung kait antara ruang dan manusia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia