Harian Metro

Pemakaian pelembap tak boleh diabai

-

Petua kecantikan pertama yang perlu diingati pada musim panas adalah lindungi kulit anda. Sama ada dengan mengelak berjemur di bawah matahari terik, memakai pakaian menutupi kulit dan memakai krim pelindung matahari, semuanya sama penting.

Namun, jika perlu berada di bawah sinar matahari sepanjang hari, pemakaian krim pelindung matahari perlu dilakukan secara teratur dari semasa ke semasa.

Untuk melindungi kulit anda dari sinar ultra ungu (UV), krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi adalah yang terbaik. Anda perlu memakainya sebelum keluar, pada waktu yang tetap selepas itu atau selepas berenang.

Anda juga mungkin perlu mengelakka­n gaya rambut yang berlebihan sepanjang musim panas kerana rambut anda tidak kebal terhadap pendedahan cahaya matahari.

Ia boleh menjadi rosak semudah kulit atau bibir anda. Warna rambut boleh menjadi pudar, hujung bercabang mungkin terjadi dan rambut anda menjadi kering dan rapuh.

Jadi kenapa tidak cuba membiarkan rambut anda kering secara semula jadi tanpa pengering rambut atau tidak menggunaka­n seterika rambut pada musim ini?

Tapi jika anda benar- benar tidak boleh keluar tanpa meluruskan atau kerintingk­an rambut, pastikan anda melindungi rambut dengan produk perlindung­an haba atau memakai masker rambut setiap beberapa minggu untuk membantu mengekalka­n rambut anda pada tahap yang terbaik.

Pemakaian pelembap adalah tip kecantikan lain yang perlu diperhatik­an, tapi ia tidak hanya pada musim panas saja tapi setiap masa sepanjang tahun.

Khususnya pemakaian pelembap muka dapat memastikan wajah kelihatan lembap dan segar tetapi pastikan menggunaka­n pelembap yang betul.

Sekiranya produk terlalu ringan, kulit anda boleh menjadi kering.

Tapi jika krim muka terlalu berat kulit akan menjadi berminyak dan anda mungkin mula mengalami jerawat.

Selain itu pastikan anda kekal terhidrat. Ia petua yang penting untuk dipertimba­ngkan semasa musim panas dengan cadangan supaya anda minum lapan gelas air sehari untuk kekal terhidrat.

Minum terlalu sedikit akan mengakibat­kan dehidrasi. Minum air yang mencukupi bukan saja baik untuk kesihatan malah baik untuk kulit dan rambut.

 ??  ??
 ??  ?? PENGGUNAAN krim pelindung matahari penting untuk penjagaan kulit.
PENGGUNAAN krim pelindung matahari penting untuk penjagaan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia