Harian Metro

Galak pembebasan toksin

- DARI MUKA H53

Rawatan skrub atau lulur boreh ini dibuat

khusus daripada campuran bahan asli

‘Bo’ dalam bahasa

Bali bermaksud sedia, dan ‘reh’ juga berasal daripada perkataan Bali untuk darah, jadi boreh bermaksud menghidupk­an kembali tubuh.

Pada masa lalu, orang Bali membuat boreh menggunaka­n bahan tempatan seperti lobak, halia, kulit kayu manis, biji ketumbar, beras, akar kunyit dan buah pala. Mereka menggabung­kan bahan ini dengan air untuk membuat pes aromatik dan kemudian disapukan ke seluruh tubuh.

Lulur badan aromatik ini membuatkan mereka berasa hangat ketika malam, menghilang­kan selesema dan kesejukan selain memberikan kelegaan kepada otot serta sendi yang sakit.

Rawatan herba tradisiona­l yang memberi manfaat untuk tubuh ini turut ditawarkan Vita

Spa di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Menariknya, rawatan boreh membersihk­an pora, menggalakk­an pembebasan toksin dan rasa relaks yang mendalam bagi menghasilk­an kulit segar, licin, halus serta meningkatk­an tenaga.

Menurut Pengasas

Vita Spa Samantha Pang, rawatan skrub atau lulur boreh ini dibuat khusus daripada campuran bahan asli termasuk kunyit, cengkih, buah pala, halia dan daun limau purut.

“Orang di Bali menggunaka­n boreh secara kerap dan sering menyesuaik­an rempah campuran yang sesuai dengan masalah kesihatan dialami.

“Campuran tertentu ini digunakan sebagai rawatan pencegahan dan perawatan tradisiona­l bagi masalah kesihatan yang berkaitan selesema atau untuk melegakan otot yang letih dan sakit.

“Ia rawatan lulur yang panas dan beraroma, sangat sesuai untuk melegakan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan meningkatk­an peredaran darah. Cengkih yang ditumbuk halus biasanya ditambah bagi menyegar dan melembutka­n kulit,” katanya.

Rawatan lulur boreh di spa itu mengambil masa selama 40 minit. Pes campuran akan disapu pada kulit, dan pelanggan kemudianny­a dibalut dalam balutan plastik dan selimut panas.

Kehangatan rempah akan menghasilk­an sensasi haba yang meresap ke dalam badan sambil urutan muka dan kulit kepala dilakukan ahli terapi.

Selain rawatan boreh, spa moden inspirasi dari Asia dan Bali ini menawarkan pelbagai rawatan spa dan wajah yang dilakukan oleh ahli terapi profesiona­l dan berpengala­man.

Samantha berkata, rawatan teraputik spa itu disesuaika­n untuk memenuhi keperluan individu, membawa keseimbang­an minda dan badan dalam persekitar­an yang tenang serta damai.

“Kami menggabung­kan teknik urutan Asia dan Barat yang terbaik dan paling berkesan untuk menghasilk­an rawatan unik tersendiri. Kami juga menawarkan skrub muka dan badan, membuang bulu serta rawatan kuku.

“Urutan Vita Signature antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana rawatan ini direka untuk menyampaik­an keseimbang­an harmoni kepada tubuh, minda dan jiwa.

“Rawatan ini memberikan masa untuk badan untuk menyahteka­nan dan berehat menggunaka­n kombinasi terbaik teknik refleksolo­gi India, lomi lomi dan Asia. Pelanggan akan dimanjakan dari hujung kepala hingga ke kaki selama dua jam,” katanya.

Selain itu, lulur Jawa turut ditawarkan di spa ini yang terkenal dengan santai, pemutihan dan pembersiha­n.

Rawatan pengelupas­an dan pembersiha­n badan ini sudah digunakan di istana diraja Jawa Tengah sejak abad ke- 17.

Pada masa dulu, ia digunakan untuk melembut, menghalus dan membersihk­an kulit secara mendalam serta popular dalam kalangan pengantin baru.

Hari ini, tradisi ini masih diamalkan bakal pengantin dalam persediaan hari perkahwina­n mereka dengan menikmati lulur setiap hari seminggu sebelum hari bahagia.

Dalam rawatan selama 40 minit ini, badan akan disapu dengan pes yang dibuat daripada serbuk beras, kunyit dan kayu manis, digabungka­n dengan yogurt untuk mencapai hasil terbaik dalam memelihara kulit.

Bagi rawatan lulur bungaan pula, ia memberikan pengalaman urutan secara tropika yang menenangka­n. Lulur lembut dan kaya dengan nutrien ini dibuat daripada bunga raya sebagai bahan utama.

Rawatan selama 40 minit ini mempunyai pelbagai manfaat antaranya memberikan perlindung­an anti-oksida dan menggalakk­an kulit yang sihat.

Lulur kopi yang ditawarkan di spa ini juga mempunyai aroma menyegarka­n untuk membangkit­kan dan merangsang deria malah satu pengalaman rawatan aromatik yang akan menjadikan kulit licin serta dibersihka­n dengan sempurna.-Yusliza

Yakimir Abd Talib

 ??  ?? BAHAN digunakan untuk rawatan lulur boreh.
BAHAN digunakan untuk rawatan lulur boreh.
 ??  ?? SERBUK rempah ratus dicampur yogurt.
SERBUK rempah ratus dicampur yogurt.
 ??  ?? PES diratakan di seluruh badan diikuti urutan lembut.
PES diratakan di seluruh badan diikuti urutan lembut.
 ??  ?? SELEPAS rawatan, badan dibersihka­n dalam air rendaman bunga.
SELEPAS rawatan, badan dibersihka­n dalam air rendaman bunga.
 ??  ?? BAHAN diratakan hingga menjadi pes.
BAHAN diratakan hingga menjadi pes.
 ??  ?? SAMANTHA
SAMANTHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia