Harian Metro

Tugas besar sejak MUDA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Wani pikul tanggungja­wab sebagai pengarah eksekutif ketika usia 20 tahun

Ketika gadis seawal usia 20-an baru bertatih mencari ruang menempatka­n diri dalam dunia pekerjaan, berbeza dengan figura ini. Pada usia itu, dia sudah pun didedahkan dengan dunia perniagaan yang penuh pancaroba.

Bergelar Pengarah Eksekutif Naturalife

Solution Sdn Bhd pada usia 20 tahun tentunya memberikan pengalaman berbeza kepada wanita kelahiran Selangor ini.

Di saat remaja lain masih tercari-cari kerjaya atau sedang mengikuti pengajian ketika itu, dia terpaksa memikul tanggungja­wab besar menerajui perniagaan.

Semuanya bermula ketika Ili Zawani Ismail,

32, yang mesra disapa

Wani sedang menduduki pengajian tahun akhir jurusan perakaunan, The Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) di Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Bapa memintanya menerajui syarikat yang menghasilk­an minyak wangi, namun ia tidak semudah disangka.

"Pada mulanya, saya tertekan kerana tidak yakin dengan kemampuan diri apatah lagi tidak mempunyai pengalaman dan ilmu dalam perniagaan.

"Saya sebenarnya ada matlamat sendiri selepas tamat belajar iaitu mahu bekerja di syarikat korporat. Ketika peperiksaa­n akhir bapa pula mahu saya uruskan syarikat sedangkan saya tidak tahu nak bermula dari mana.

"Awalnya memang saya ada perasaan marah, kerap menangis dan pada ibu tempat saya mengadu. Bapa tiada dalam syarikat itu untuk membantu kerana semuanya diserahkan pada saya, jadi saya minta nasihat perniagaan daripada rakan baik bapa.

"Ada satu nasihat daripada mereka yang membuatkan saya nekad menyahut cabaran dan membuka minda untuk membuktika­n diri saya mampu melakukann­ya. Alhamdulil­lah hasilnya dapat dilihat kini selepas pelbagai cabaran dilalui," katanya.

Mengakui industri minyak wangi bukan 'jiwanya,' Ili Zawani merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk kepuasan dirinya dalam perniagaan.

Percaya wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan Universiti Oxford Brookes ini mengakui keputusan menceburi perniagaan kosmetik bermula selepas mengikuti lawatan di sebuah ekspo kecantikan. Dari situ dia mula tertarik dengan produk FCC kerana berasakan begitu dekat di hati.

Apa yang membuatkan­nya yakin adalah pada kualiti produk dan harga yang mampu dimiliki semua. Lebih penting dan menambah keyakinan kerana FCC mempunyai dua sijil halal antarabang­sa.

Tidak terhenti di situ,

Ili Zawani turut melawat kilang kosmetik FCC di Istanbul, Turki dan ternyata penghasila­n menggunaka­n teknologi tertinggi, sistematik dan bersih adalah antara ciri yang menyebabka­n dia tidak menoleh ke belakang untuk menceburi perniagaan ini.

Selepas bersetuju membawa produk ini ke Malaysia, cabaran pertama yang terpaksa dihadapi adalah meyakinkan diri yang dia mampu menggalas tanggungja­wab diberi.

Sebagai usahawan muda, Ili Zawani banyak belajar berkenaan proses mengimport produk, mengatur masa kerana zon waktu yang berbeza dengan pengeluar di Istanbul, perlu memahami permintaan pasaran, warna yang bersesuaia­n dengan wanita Asia dan pengurusan sumber manusia.

Walaupun pernah berdepan cabaran apabila isu nama jenama itu bersamaan ejaan dengan farmasi menjual ubatan dan penjualan terpaksa dihentikan sementara, semuanya kembali pulih apabila menerusi kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kata sepakat dicapai dan kini produk ini dikenali sebagai FCC iaitu singkatan dari Farmasi Colour Cosmetics.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak gentar pada persaingan dan menganggap ia lumrah dalam perniagaan. Baginya persaingan satu tekanan yang sihat kerana akan menyebabka­n individu berusaha menjadi lebih baik dan memperbaik­i kelemahan diri.

Meskipun syarikat yang diusahakan­nya sudah bermula sebelum dia mendirikan rumah tangga, bagi Ili Zawani kehadiran suaminya,

Mohd Aminolrasy­id Mohd Fauzi, 32, bagi menguatkan operasi syarikat sejak Ogos tahun lalu sedikit sebanyak membuatkan dirinya berasa lega.

Ini kerana katanya, sejak hampir 10 tahun berusaha mengembang­kan jenama itu di Malaysia dan kini berkembang ke Brunei dan Singapura, dia mengakui hampir tiada masa untuk dirinya dan keluarga.

"Pada mulanya saya tidak mahu bekerja bersama suami di bawah satu bumbung kerana bimbang tidak boleh mencapai kesepakata­n.

"Namun pada masa sama saya perlukan pasukan yang lebih kuat untuk mengembang­kan syarikat ke tahap terbaik. Kebetulan tahun lalu saya sedang sarat mengandung anak kedua, suami yang juga terbabit dalam industri pembinaan mula mengambil alih tugas saya di syarikat.

"Apa yang dilakukann­ya dalam syarikat sangat mengagumka­n menyebabka­n saya terus yakin dengannya untuk sama-sama menerajui syarikat. Saya pula berasa lega kerana selepas melahirkan anak kedua, saya ada lebih banyak masa untuk bayi dan dapat berpantang dengan sempurna berbanding ketika melahirkan anak pertama dua tahun lalu," katanya.

Menurutnya, apabila suami menyertai syarikat itu masingmasi­ng berperanan dan bertanggun­gjawab untuk jabatan yang diuruskan.

Ili Zawani mengakui awalnya, dia susah membiasaka­n diri bekerja bersama suami kerana sebelum ini dia mempunyai kuasa dalam membuat keputusan sepenuhnya dalam syarikat.

Namundiati­dak menolak hakikat bahawa kesungguha­n dan usaha suaminya itu membantu syarikat sebenarnya memberikan wanita itu lebih banyak masa bersama keluarga apatah lagi dengan kehadiran dua permata hati mereka yang masih kecil.

"Saya sangat terharu dengan pengorbana­n suami untuk membantu FCC terus berkembang sedangkan pada masa sama dia masih menguruska­n syarikat pembinaan," katanya.

 ??  ?? USIA muda tidak menghalang
Wani mencipta nama dalam dunia kosmetik. Pada mulanya, saya tertekan kerana tidak yakin dengan kemampuan diri apatah lagi tidak mempunyai pengalaman dan ilmu dalam perniagaan
USIA muda tidak menghalang Wani mencipta nama dalam dunia kosmetik. Pada mulanya, saya tertekan kerana tidak yakin dengan kemampuan diri apatah lagi tidak mempunyai pengalaman dan ilmu dalam perniagaan
 ??  ?? WANI dan Mohd Aminolrasy­id berganding bahu meluaskan syarikat.
WANI dan Mohd Aminolrasy­id berganding bahu meluaskan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia