Harian Metro

Kejutan baru Doan

 Suspek utama berkunjung ke Korea Selatan 4 bulan sebelum bunuh mangsa

- Rahmat Khairulrij­al cnews@nstp.com.my Shah Alam

Wujud kejutan baru apabila Mahkamah Tinggi di sini diberitahu wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong berkunjung ke Korea

Selatan empat bulan sebelum pembunuhan Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, tahun lalu.

Ia didedahkan melalui pasport milik Doan iaitu suspek utama kes pembunuhan ini yang pergi ke wilayah Jeju selama empat hari bermula 2 November hingga 5 November 2016.

Bagaimanap­un, tujuan Doan ke Korea tidak dinyatakan di dalam kedua-dua percakapan beramarann­ya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahruddin Wan Ladin yang ditemui selepas prosiding berkata, berdasarka­n pasport milik Doan, cop pihak Imigresen Korea Selatan dilihat di muka surat terakhir.

“Kami juga baru perasan keadaan itu dan pihak pembelaan tergamam apabila ditanya berhubung perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Shaharuddi­n ketika menyoal semula Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superinten­an (ASP) Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berhubung pertemuan Doan dengan Encik Y, warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Ri ji Hyon.

SHAHRUDDIN: Berdasarka­n percakapan beramaran Doan, bila dia maklumkan pertemuan pertama dengan Encik Y?

WAN AZIRUL NIZAM:

Berdasarka­n percakapan beramaran itu, Doan pertama kali mengenali Mr Y pada awal Disember 2016 di Kedai Kopi Hay Bar di Hanoi, Vietnam.

SHAHRUDDIN: Berdasarka­n pasport milik Doan, apa yang dapat kamu lihat pada muka surat 47?

WAN AZIRUL NIZAM: Ada cop ke Korea Selatan pada 2 November 2016. Ada juga cop yang menyatakan lokasi di wilayah Jeju.

SHAHRUDDIN: Kamu mempunyai sebarang penjelasan

berhubung lawatan Doan itu?

WAN AZIRUL NIZAM: Tidak ada penjelasan dalam percakapan beramarann­ya.

Suasana tegang ketika prosiding apabila pihak pembelaan mendakwa Wan Azirul Nizam memberi keterangan berdasarka­n pendapatny­a sendiri ketika menjawab soalan pihak pendakwaan. Peguam Gooi Song Seng dan Hisyam Teh Poh Teik yang masing-masing mewakili warga Indonesia, Siti Aisyah dan Doan mempertika­ikan Wan Azirul bukan pakar dalam memberi keterangan berhubung video

prank yang dibuat anak guam mereka.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung Khamis ini.

Pada 1 Mac 2017 di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Balai Berlepas KLIA2, jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

 ??  ?? SITI Aisyah (belakang) dan Doan (depan) dikawal anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SITI Aisyah (belakang) dan Doan (depan) dikawal anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia