Harian Metro

Cekup pasangan khalwat dalam kereta

-

Kangar: Padah berdua-duaan di dalam kereta di tempat gelap, sepasang pelajar universiti awam ditahan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Batu Pahat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Imam Majid Ar-Raudhah Sungai Batu Pahat, Amir Aziz yang mengetuai operasi rondaan itu pasangan berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SRS yang menghampir­i kenderaan itu jam 3.30 pagi.

“Pasukan SRS Sungai Batu Pahat yang memantau kawalan keselamata­n di sini khasnya pada waktu malam mengesan pergerakan mencurigak­an kenderaan sekitar jam 2.30 pagi menghala ke kawasan Bukit Air, di sini.

“Namun selepas lebih satu jam, kami tidak mengesan sebarang pergerakan keluar, justeru sepasukan lima anggota SRS masuk ke kawasan itu melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di suatu kawasan tidak jauh sebelum sampai kawasan Bukit Air di sini, kami terjumpa sebuah kereta dan selepas dihampiri didapati seorang lelaki dan wanita bukan mahram dalam kenderaan itu,” katanya.

Menurut Amir, pasangan yang berusia 23 tahun itu mengaku pelajar di universiti awam di sini.

Selepas disoal, mereka mengaku memandu kereta ke kawasan Batu Pahat memandangk­an mereka tidak dapat pulang ke asrama kerana pintu pagar ditutup jam 12 tengah malam.

Pasangan yang bukan berasal dari negeri ini mengaku berhasrat berkahwin dalam masa terdekat dan baru menamatkan kursus praperkahw­inan.

 ??  ?? PASANGAN pelajar yang ditahan anggota SRS, awal pagi semalam.
PASANGAN pelajar yang ditahan anggota SRS, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia