Harian Metro

Ramai-ramai lunas saman

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Diskaun kompaun JPJ 70 peratus dorong pesalah lalu lintas buat pembayaran

Pengumuman pemberian diskaun sebanyak 70 peratus untuk bayaran saman dan kompaun dibuat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), kelmarin mendorong orang ramai tampil membuat semakan.

Tinjauan wartawan NSTP di Pejabat JPJ Kuala Lumpur, Wangsa Maju di sini, semalam, mendapati mereka mengambil peluang membuat semakan dan pembayaran saman serta kompaun ditawarkan.

Pemandu teksi, Jafri Karim, 50, berkata, dia pergi ke pejabat JPJ untuk membuat semakan saman dan kompaun dikenakan terhadapny­a selepas dimaklumka­n berhubung pengumuman itu.

Katanya, dia mengambil peluang membayar saman dan kompaun yang mungkin dikenakan terhadapny­a memandangk­an ada tawaran diskaun seperti diumumkan agensi berkenaan.

“Sebagai pemandu teksi, saya mungkin ada melanggar peraturan lalu lintas terutama membabitka­n kesalahan melebihi had laju. Sebaik dimaklumka­n mengenai tawaran diskaun itu, saya membuat keputusan untuk menyemak jika ada saman dan kompaun dikenakan.

“Saya menyambut baik tawaran ini kerana boleh mengurangk­an beban dengan mengurangk­an bayaran berbanding kadar asal dikenakan memandangk­an pendapatan sebagai pemandu teksi adalah rendah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumka­n JPJ menawarkan diskaun 70 peratus terhadap semua saman dan kompaun dikeluarka­n agensi itu selama sebulan bermula Isnin lalu sehingga 2 Mei ini sempena ulang tahun JPJ ke-72 di semua kaunter JPJ di seluruh negara.

 ??  ?? ORANG ramai yang memenuhi kaunter pembayaran saman di Pejabat JPJ Kuala Lumpur, semalam.
ORANG ramai yang memenuhi kaunter pembayaran saman di Pejabat JPJ Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia