Harian Metro

Rampas 11 tan dadah

 Kerjasama PDRM dan agensi penguat kuasa antarabang­sa berhasil

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Dalam tempoh sama, kita berjaya menahan 654 orang terdiri daripada 572 lelaki dan 82 wanita warga Malaysia dan rakyat asing” Kang Chez Chiang

Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkua­saan dadah antarabang­sa berjaya merampas 11 tan pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM600 juta menerusi 121 operasi sejak lapan tahun lalu.

Antaranya kerjasama bersama Agensi Penguatkua­saan Dadah Amerika Syarikat (DEA), Pusat Biro Narkotik (CNB) Singapura, Suruhanjay­a Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) dan Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN).

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, sindiket dadah licik kini mengambil kesempatan ke atas tarif pengangkut­an rendah, penerbanga­n tambang murah dan kemajuan infrastruk­tur serta pengangkut­an untuk menyeludup dadah menerusi udara, darat dan laut.

Katanya, susulan itu JSJN menjalinka­n kerjasama dengan rakan sejawat di negara lain antaranya DEA, CNB, NNCC dan BNN untuk memerangi sindiket dadah di dalam negara dan rantau ini.

“Hasilnya, kita berjaya merampas 11 tan pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM600 juta menerusi 121 operasi sejak lapan tahun lalu bermula 2010.

“Dalam tempoh sama, kita berjaya menahan 654 orang terdiri daripada 572 lelaki dan 82 wanita warga Malaysia serta rakyat asing,” katanya kepada NSTP dalam wawancara khas sempena sambutan Hari Polis ke-211, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan agensi dadah antarabang­sa menjadi ‘senjata’ ampuh pihaknya memerangi sindiket dadah.

“Ini kerana sindiket dadah tidak lagi boleh dilabelkan datang dari sebuah negara saja kerana mereka kini sudah pandai mengadakan kerjasama antara negara, justeru kita tiada pilihan selain bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan dadah negara lain.

“Menerusi kerjasama itu, kita biasanya boleh mengenalpa­sti siapakah ahli sindiket dan bagaimana modus operandi digunakan untuk menyeludup dadah,” katanya.

Katanya, ada sindiket dadah tertentu turut dikesan menghantar pakar kimia atau pakar menghasilk­an dadah mereka ke negara lain untuk mewujudkan makmal memproses dadah di situ.

Kang berkata, pihaknya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilk­an kerjasama erat dengan agensi penguatkua­saan dadah lain walaupun JSJN sudah ditubuhkan sejak 22 tahun lalu.

“Dadah adalah isu sensitif kerana ia membabitka­n jumlah keuntungan besar. Kita perlu memastikan apa saja maklumat yang kita ada tidak jatuh ke tangan pihak salah.

“Sindiket dadah dengan mudah merasuah individu tertentu untuk menjadi pengintip, justeru kita perlu berhati-hati supaya orang yang kita berurusan itu bukan pihak bersekongk­ol dengan mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia