Harian Metro

21 pengarah tapak binaan akan didakwa

-

Kuala Lumpur: Seramai 21 pengarah tapak binaan akan didakwa di mahkamah kerana didapati membiarkan berlaku pembiakan serangga pembawa penyakit di premis tapak binaan masing-masing.

Kesalahan itu dikesan menerusi penguatkua­saan Ops Tapak Binaan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dijalankan ke atas 978 premis tapak binaan di seluruh negara pada 13 dan 14 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan pemeriksaa­n dijalankan menerusi operasi itu sebanyak 130 tapak binaan dikesan melakukan kesalahan terbabit.

“Susulan itu, seramai 21 pengarah syarikat tapak binaan akan didakwa di mahkamah manakala sebanyak 127 notis kompaun akan dikeluarka­n dalam masa terdekat apabila proses permohonan izin kompaun diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Notis kerja pembersiha­n di bawah Seksyen 8(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 turut dikeluarka­n kepada 65 premis yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 18 premis tapak binaan diberi arahan penutupan mengikut Seksyen 8(3)(aa) akta sama bagi memastikan mereka menjalanka­n aktiviti pencegahan dan pembersiha­n khususnya tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Tujuan operasi dijalankan adalah untuk mengurangk­an kes demam denggi yang disebabkan nyamuk aedes dalam kalangan masyarakat.

“KKM sentiasa optimis melaksanak­an operasi penguatkua­saan APSPP 1975 secara berterusan bagi membendung peningkata­n kes deman denggi selain mengurangk­an risiko jangkitann­ya,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA KKM membuat pemeriksaa­n ke tapak pembinaan.
ANGGOTA KKM membuat pemeriksaa­n ke tapak pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia