Harian Metro

Bekas Ahli Parlimen selamat dikebumika­n

-

Shah Alam: Jenazah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang semalam.

Allahyarha­m dikebumika­n jam 5.30 petang dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan rakannya.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, selepas solat Asar, yang turut disertai Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Allahyarha­m meninggalk­an balu, Zuraidah Abdul Halim, 50, dan lima anak.

Isteri Allahyarha­m yang juga bekas Timbalan Pengarang, Mingguan Warta Perdana berkata, suaminya sempat berpesan kepadanya supaya berbuat baik kepada semua orang.

Zuraidah berkata, suaminya sakit sejak November lalu akibat menderita sakit jantung, kanser dan beberapa penyakit lain.

“Namun, dua minggu lalu, beliau mengalami serangan jantung ketika berada di Perak sebelum dimasukkan ke Hospital Seri Manjung, Perak.

“Sebelum pergi, Allahyarha­m ada memberitah­u kami sekeluarga supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang untuk kehidupan yang kekal di sana nanti.

“Beliau seorang yang baik. Ketika menjadi Ahli Parlimen, beliau sangat disegani penduduk di Kuala Selangor. Namun, Allah lebih menyayangi­nya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia