Harian Metro

Bawa ke pangkal jalan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

 AADK wujud program ISRA kekang jumlah penagih baru

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalanka­n beberapa program memerangi dadah sekali gus menurunkan jumlah penagihan baru dan membersihk­an sarang penagihan dengan lebih berkesan.

Antara program itu adalah ‘Community Empowermen­t’, Program Pendekatan Pemulihan Spiritual Islam (ISRA), Program Pemulihan Komuniti untuk Penagih Dadah (CRPD) dan Program Pensijilan Pengamal Psiko-Pendidikan Bertauliah.

Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, beberapa program dan modul sudah dijalankan pihaknya dalam usaha memerangi dadah sejak tahun lalu.

“Kerajaan melihat kepentinga­n menggerakk­an masyarakat setempat dalam menangani permasalah­an penagihan dadah menerusi program Community Empowermen­t.

“Dengan pelaksanaa­nnya, masyarakat mengambil peranan menerima semula dengan seadanya penagih yang menjalani pemulihan. Masyarakat juga perlu membantu mereka menyediaka­n peluang pekerjaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abd Halim berkata, menerusi program ISRA pula, AADK sudah memperluas­kan program kepada lima pusat pemulihan tahun ini.

“Program ini membantu kepada kelangsung­an perubahan sikap dan sifat dengan aktiviti keagamaan serta amalan menjurus kepada sahsiah keperibadi­an mulia. Modul pertama di dunia ini adalah program serampang dua mata dan mampu mewujudkan kelompok huffaz dalam kalangan mereka.

“Impak positif program ini menunjukka­n pelatih yang mengikuti program ISRA tiada kes lari dari pusat, tiada barang terlarang ditemui di pusat berkenaan dan berjaya mengekalka­n kepulihan,” katanya.

Katanya, program CRPD pula menumpukan pemulihan dan pencegahan secara holistik menerusi pendekatan inklusif membabitka­n komuniti dan masyarakat.

 ??  ?? Dengan pelaksanaa­nnya, masyarakat mengambil peranan menerima semula dengan seadanya penagih yang menjalani pemulihan. Masyarakat juga perlu membantu mereka menyediaka­n peluang pekerjaan”
Dengan pelaksanaa­nnya, masyarakat mengambil peranan menerima semula dengan seadanya penagih yang menjalani pemulihan. Masyarakat juga perlu membantu mereka menyediaka­n peluang pekerjaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia