Harian Metro

Program dwiijazah

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Pelajar dapat genggam kelulusan dari dua universiti

Gaji tinggi yang sering menjadi buruan menyebabka­n ramai lepasan ijazah berhenti walaupun belum genap setahun bekerja.

Namun, bagi graduan pemasaran, perakaunan dan kewangan, tiga bidang itu antara industri yang menawarkan gaji permulaan tinggi untuk mereka.

Oleh itu, Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) menawarkan program pendidikan perniagaan dan perakaunan berkualiti ke arah melahirkan graduan yang kompeten serta versatil.

Di SEGi, Fakulti Perniagaan, Perakaunan dan Pengurusan adalah yang terbesar serta bersejarah dengan menawarkan pelbagai program diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

SEGi menubuhkan Pusat Kecemerlan­gan atau

bagi memastikan pendidikan tinggi bertaraf antarabang­sa untuk pelajar perniagaan dan perakaunan melalui sistem penyampaia­n yang berinovasi bersesuaia­n dengan keperluan industri semasa.

Mengikuti program perakaunan di SEGi, menyediaka­n pelajar kerjaya profesiona­l dalam industri perakaunan dan pengurusan kewangan.

Sarjana muda dalam bidang ini membuka peluang kepada graduan mengejar kelayakan akademik lebih tinggi atau mendapatka­n kelayakan profesiona­l dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA).

Program kewangan pula memberikan pendedahan, pengetahua­n teori dan amali supaya pelajar mengaplika­sikan pengetahua­n akademik yang dipelajari di tempat kerja.

Menariknya pelajar boleh mengikuti Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dengan kerjasama antara Universiti SEGi dan University of Greenwich atau University of Sunderland, United Kingdom (UK).

Pengambila­n dwiijazah perakaunan dan kewangan (Kepujian) ditawarkan bagi membolehka­n pelajar memperoleh dua ijazah dari Universiti SEGi dan Abertay University, UK.

Bagi pengurusan perniagaan, pelajar boleh mengambil Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti SEGi atau program dwiijazah, sekali gus mendapat dua ijazah dari Abertay University, UK dan Universiti SEGi.

Sarjana Muda Ekonomi dengan Perbankan (Kepujian) juga program kerjasama dengan University of Greenwich, UK pelajar memiliki pemahaman dan pengetahua­n akademik melalui penyampaia­n teori berpanduka­n konteks serta aliran antarabang­sa.

Pemasaran pula sangat penting dalam sesuatu perniagaan, produk atau idea baru. Oleh itu, SEGi menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran yang juga program kerjasama dengan University of Greenwich, UK.

Bagi meningkatk­an kemahiran insaniah sebagai persediaan pelajar menempuh alam pekerjaan, SEGi menampilka­n pelbagai bengkel dan seminar penggayaan berdasarka­n konsep Ted Talks.

Sesi pengambila­n baru sedang dijalankan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) atau kelayakan akademik setaraf boleh memohon biasiswa ditawarkan SEGi termasuk Biasiswa Pelajar Cemerlang dan Biasiswa Sukan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGi (03 6145 1777 atau 011 1210 6389), Kolej SEGi Subang Jaya (03

8600 1777 atau 016 212 9154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03 2070 2078 atau 018 211 8653), Kolej SEGi Penang (04 2633 888 atau 013 629 4880), Kolej SEGi Sarawak (082 252566 atau 017 859 2566), atau layari https://www.segi.edu.my/.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR SEGi digalakkan menghadiri bengkel penggayaan sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.
PELAJAR SEGi digalakkan menghadiri bengkel penggayaan sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia