Harian Metro

Pikat 150,000 pengunjung

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 MSAM 2018 sedia hadiah rumah teres sebagai ganjaran utama kepada pelawat

Permodalan Nasional Berhad (PNB), julung kali menampilka­n rumah teres sebagai hadiah utama untuk pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat, Johor.

MSAM 2018 bakal berlangsun­g pada 19 hingga 25 April 2018.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, tahun ini pihaknya menyasarka­n 150,000 pengunjung akan hadir sepanjang MSAM berlangsun­g.

Katanya, program selama seminggu ini adalah acara tahunan PNB yang diadakan sejak tahun 2000 dan sudah berjaya menarik minat 3.6 juta pengunjung.

“Penganjura­n acara tahunan ini bertujuan meningkatk­an pengetahua­n masyarakat mengenai pelaburan dan perancanga­n kewangan.

“Dalam masa sama, pameran ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami pelaburan unit amanah terutama hubung kaitnya dengan risiko pelaburan,” katanya pada majlis prapelanca­ran MSAM 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad.

MSAM 2018 turut memperkena­lkan 13 syarikat pelaburan PNB yang juga rakan korporatny­a untuk tahun ini.

Hadiah utama rumah teres unit tengah di Bandar Universiti Pagoh dibangunka­n Sime Darby Property dengan nilai RM375,000.

Antara hadiah lain menanti pengunjung pada majlis perasmian ialah kereta Hyundai Ioniq Kappa 1.6 HEV Plus manakala, Toyota Vios 1.5 GX (AT) pula untuk majlis penutup.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata, berbeza dengan tahun lalu, pameran MSAM 2018 turut menampilka­n elemen digital dengan penggunaan aplikasi mudah alih MSAM 2018.

Melalui aplikasi ini, pengunjung boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai setiap program atau acara sepanjang MSAM 2018 berlangsun­g dan mendaftar untuk menyertai mana-mana acara.

Antara program yang dijalankan sepanjang MSAM 2018 termasukla­h Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak ASING, Investment Game Sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB Mega, Cendekiawa­n Muda Takaful Ikhlas, CCM Duopharma Interschoo­l Showdown dan Simposium Usahawan MSAM 2018.

 ??  ?? ABDUL Wahid (kiri) bersama Abdul Rahman pada Majlis Prapelanca­ran MSAM 2018 di Menara PNB, semalam.
ABDUL Wahid (kiri) bersama Abdul Rahman pada Majlis Prapelanca­ran MSAM 2018 di Menara PNB, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia