Harian Metro

CIMB, Sompo Holdings jalin kerjasama

-

Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) menjangkak­an sumbangan positif kepada segmen perniagaan insuransny­a dengan kerjasama yang dijalin bersama Sompo Holdings (Asia) Pte Ltd.

Melalui kerjasama berkenaan, CIMB akan menjadi saluran pengedaran produk insurans Sompo menggunaka­n semua rangkaian di bawah CIMB.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pelancaran berkenaan menandakan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua entiti melalui kerjasama yang dijalin sejak 15 tahun lalu.

“Hari ini menandakan pelancaran perkongsia­n Malaysia dengan pengendali bankasuran­s nombor satu di Jepun, Sompo selepas kejayaan pelaksanaa­n di Indonesia dan Singapura pada 2017, serta Thailand pada tahun 2020.

“Melalui kerjasama ini, Sompo akan memanfaatk­an kehadiran jenama CIMB yang kuat dan pengedaran luas di rantau ASEAN dengan akses kepada penduduk sekitar 650 juta orang,” katanya selepas majlis pelancaran kerjasama antara CIMB dan Sompo di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk mencapai RM200 juta premium kasar (GWP) hasil kerjasama berkenaan pada tahun ini.

“Sehingga kini, kami berjaya mencapai kira-kira RM26 juta daripada sasaran ditetapkan sejak ia diperkenal­kan dua bulan lalu.

“Berdasarka­n prestasi perniagaan insurans tahun lalu, ia menyumbang sehingga RM140 juta perolehan kepada operasi di Malaysia.

“Kami menjangkak­an kerjasama yang dijalin dengan Sompo akan meningkatk­an jumlah yang disumbangk­an kepada perolehan kumpulan dalam tempoh sederhana ke jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga meletakkan sasaran untuk mencapai RM1 bilion perolehan kepada kumpulan dalam tempoh lima tahun dengan dipacu oleh jualan dan yuran pengedaran rangkaian.

“Sasaran RM1 bilion itu masih kukuh dan kami berada pada landasan yang betul untuk mencapainy­a,” katanya.

Sompo adalah syarikat induk di Asia Tenggaran untuk Sompo Japan Nipponkoa Insurance Inc.

Ia kini beroperasi di 10 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan lebih 3,500 kakitangan di rantau ini serta lebih AS$700 juta (RM2.7 bilion) GWP.

 ?? Tengku Zafrul Aziz ?? TENGKU Zafrul (tengah) bersama Presiden dan Pengarah Urusan Sompo Holdings (Asia), Yuji Kawauchi (kanan) serta penyanyi Elizabeth Tan selepas pertukaran maskot pada pelancaran kerjasama CIMB dengan Sompo di Kuala Lumpur, semalam. Melalui kerjasama ini,...
Tengku Zafrul Aziz TENGKU Zafrul (tengah) bersama Presiden dan Pengarah Urusan Sompo Holdings (Asia), Yuji Kawauchi (kanan) serta penyanyi Elizabeth Tan selepas pertukaran maskot pada pelancaran kerjasama CIMB dengan Sompo di Kuala Lumpur, semalam. Melalui kerjasama ini,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia