Harian Metro

Kukuh segmen digital

 Malaysia Airlines perkenal tiga inisiatif baru tingkat pengalaman pengembara­an pelanggan

- Mahanum Abdul Aziz mahanum@nstp.com.my

Malaysia Airlines Bhd menampilka­n tiga inisiatif digital baru bagi meningkatk­an pengalaman pengembara­an pelanggan.

Tiga inisiatif digital itu ialah aplikasi mudah alih dikenali MHguardian, MHfeedback dan MHchat.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen berkata,

MHguardian adalah aplikasi mudah alih yang membolehka­n ibu bapa atau penjaga menjejaki perjalanan anak mereka yang mengembara tanpa ditemani keluarga dengan syarikat penerbanga­n nasional itu.

Beliau berkata, MHfeedback pula aplikasi mudah alih yang membolehka­n pelanggan berkongsi maklum balas dengan segera mengenai pengalaman mereka dengan Malaysia Airlines.

Katanya, inisiatif MHchat

membolehka­n orang ramai menempah dan membayar tiket melalui medium sosial

media Facebook Messenger.

“Penyelesai­an digital ini menunjukka­n usaha kami memberikan layanan terbaik kepada pelanggan,” katanya pada taklimat perkembang­an terkini inisiatif digital Malaysia Airlines di Sepang, semalam. Aplikasi mudah alih MHGuardian akan dilancarka­n pada suku ketiga, MHchat suku kedua dan MHfeedback sudah boleh digunakan.

Menurutnya, Malaysia Airlines mempunyai beberapa perkhidmat­an lain di laman rasminya seperti servis sewa kereta, tempahan hotel dan takaful.

“Malah, platform beli-belah dalam pesawat iaitu

Temptation­s juga boleh didapati untuk sebarang tempahan secara dalam talian,” katanya.

 ??  ?? MUEHLEN (kiri) bersama Pengurus Besar Teknologi Maklumat dan Tadbir Urus IT Abdul Rahman Mohamad (kanan) dan Ketua Digitalnya Peter Pohlsmidt menunjukka­n aplikasi digital MH yang dilancarka­n, semalam.
MUEHLEN (kiri) bersama Pengurus Besar Teknologi Maklumat dan Tadbir Urus IT Abdul Rahman Mohamad (kanan) dan Ketua Digitalnya Peter Pohlsmidt menunjukka­n aplikasi digital MH yang dilancarka­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia