Harian Metro

Tertembak rakan ketika siaran langsung

-

Houston: Padah bermain pistol ketika membuat siaran langsung di Facebook, seorang wanita ditahan kerana tertembak rakannya itu di Texas, kelmarin.

Video menunjukka­n mangsa, Devyn Holmes, 26, tertembak itu ditonton ribuan kali di media sosial.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, Holmes berada dalam kereta bersama dua rakannya, Cassandra Damper dan Cadillac Colemen di tempat letak kereta sebuah stesen minyak Valero, Houston, Texas.

Menurut laporan Daily Mail, dalam video itu, Holmes pada mulanya memegang pistol berkenaan sambil melihatnya.

Siaran video itu kemudian menunjukka­n lelaki di belakang mereka mengambil pistol itu dan meletakkan­nya antara Holmes dan Damper.

Wanita itu kemudian mengambil pistol berkenaan dan mengacukan­nya ke arah kamera sebelum Holmes memegang tangannya dan berkata: “Kamu buat saya gemuruh.”

Lelaki di belakang mereka berkata: “Pistol itu tiada kelopak (peluru).”

“Kamu kata kamu dari mana?” kata Damper sambil mengacukan pistol ke arah Holmes dan tiba-tiba pistol itu meletup dan darah keluar dari kepalanya.

Wanita itu dan Coleman segera berlari keluar dari kereta, meninggalk­an Holmes berlumuran darah di tempat duduk penumpang.

New York Post melaporkan, mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ben Taub manakala Damper ditahan polis selepas itu.

Damper yang ditahan dan didakwa mencemarka­n bukti kerana mencuci kesan serbuk letupan pada tangannya, memberitah­u polis, dia tidak tahu ada peluru dalam pistol berkenaan.

Coleman tidak didakwa dan juri agung akan memutuskan sama ada tuduhan lain akan difailkan. Agensi

 ??  ?? HOLMES (kanan) yang kelihatan dalam petikan rakaman video bersama pistol sebelum dia tertembak oleh Damper (kiri). - Agensi
HOLMES (kanan) yang kelihatan dalam petikan rakaman video bersama pistol sebelum dia tertembak oleh Damper (kiri). - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia