Harian Metro

Benar PBB kunjungi Myanmar

-

New York: Myanmar akhirnya membenarka­n Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu, namun belum pasti mereka dibenar mengunjung­i negeri Rakhine.

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine, menjadi pelarian di kem yang sesak di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarka­n operasi Ogos lalu.

Februari lalu, PBB mahu melawat Rakhine namun kerajaan Myanmar menegaskan belum masanya.

Menurut AFP, Duta Peru, Gustavo Meza-Cuadra, yang kini menjadi Presiden Majlis Keselamata­n berkata, butiran jadual perjalanan belum dimuktamad­kan, termasuk sama ada kerajaan membenarka­n mereka melawat Rakhine.

Britain, Kuwait dan Peru menganjurk­an lawatan majlis itu, termasuk kunjungan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. Tiada tarikh diumumkan berhubung lawatan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengakui laman sosial itu digunakan sebagai alat menyebar propaganda antiRohing­ya di Myanmar.

Menurut laporan Channel News Asia (CNA) semalam, Zuckerberg memberitah­u laman web berita Vox, pihak tertentu cuba menggunaka­n Facebook untuk ‘menghasut’ di rantau itu.

“Mereka menyebarka­n maklumat memaklumka­n penduduk Islam, ada kebangkita­n penduduk Buddha, justeru pastikan anda bersenjata dan pergi ke tempat tertentu.

“Begitu juga mesej sama disampaika­n kepada pihak satu lagi.

“Ini jelas ada pihak menggunaka­n aplikasi kami untuk mencetuska­n sesuatu yang berbahaya,” kata Zuckerberg. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia