Harian Metro

Bunuh, belah perut wanita hamil

- Agensi

 Sanggup bunuh wanita hamil, mengaku anak mangsa miliknya

Bagi menutup kehamilann­ya gugur daripada pengetahua­n suami, seorang wanita membunuh wanita hamil sebelum membelah perut mangsa bagi mengambil bayi mangsa di Tampico, negeri Tamaulipas, Mexico.

Wanita itu, Cinthia Fatima menjemput mangsa, Jessica Gabriela, 20, yang dikenali melalui media sosial datang ke rumahnya kononnya bagi memberi hadiah pakaian bayi.

Dia kemudian mencekik Jessica hingga mati sebelum membelah perut dan mengeluark­an bayi wanita itu.

Menurut laporan The Mirror yang memetik media tempatan, selepas Jessica Cinthia hilang, keluargany­a curiga lalu membuat laporan polis.

Polis yang ke rumah Cinthia menemui mayat mangsa dan mayat bayi yang sudah membusuk.

Pada masa sama, seorang wanita yang mengaku sebagai kakak Cinthia, muncul di hospital membawa mayat bayi, mendakwa adiknya keguguran.

Menurut laporan media tempatan, Cinthia keguguran beberapa bulan sebelum ini namun merahsiaka­n daripada suaminya.

Dia kemudian dipercayai berkenalan dengan beberapa wanita hamil di media sosial bagi membunuh mereka untuk mengambil bayi yang belum lahir.

Wanita itu berharap dengan membawa mayat anak ke hospital, doktor akan mengesahka­n dia keguguran serta meyakinkan suaminya dia tidak kehilangan anak beberapa bulan lalu.

Tidak dapat dipastikan kenapa wanita itu cuba merahsiaka­n keguguran daripada suaminya.

Berikutan itu, Cinthia dan suaminya, Omar Erique ditahan untuk siasatan. Pasangan itu sudah mempunyai tiga anak dengan si suami tinggal berjauhan kerana bekerja di bandar lain.

 ??  ?? JESSICA Gabriela
JESSICA Gabriela
 ??  ?? CINTHIA Fatima
CINTHIA Fatima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia