Harian Metro

Lumpuh selepas makan ubat diet

-

Jakarta: Seorang pekerja wanita Indonesia di Taiwan lumpuh separuh badan sejak tiga tahun lalu selepas makan ubat diet yang dijual rakan senegarany­a melalui sistem jualan langsung atau MLM.

Menurut laporan media Indonesia, wanita dikenali sebagai Sina dari Banyumas, Jawa Tengah itu membelanja­kan kira-kira 3.3 juta rupiah (RM893) bagi membeli ubat terbabit bagi membantu perniagaan rakannya.

Namun, dua hari selepas memakan ubat itu, dia berasa tidak sedap badan dan kurang bertenaga.

Akibatnya Sina terlantar di hospital di Taiwan sejak 2014 dan sehingga kini tidak menunjukka­n tanda untuk sembuh.

Menurut Tribun News, selepas kes Sina tersebar di media sosial, ramai tampil mengaku menjadi mangsa produk itu.

Menurut mereka, sepanjang mengamalka­n ubat diet itu, mereka tidak dibenarkan mengambil makanan lain, termasuk nasi dan buah kecuali meminum air kosong.

Berikutan banyak aduan itu, agensi kawalan makanan dan ubat membuat siasatan dan mendapati ramai pekerja dari Indonesia menyertai MLM memasarkan pelbagai produk di Taiwan.

Mereka ditahan kerana menyalah guna visa pekerja untuk berniaga dan dikenakan denda sebelum dihantar pulang.

Namun, pengeluar ubat diet berkenaan menegaskan produknya tidak membahayak­an, malah mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Sina kerana memburuk-burukkan produk mereka.

Ibu dan anak wanita itu yang berusia sembilan tahun mengunjung­inya di Taiwan beberapa hari lalu.

Keluargany­a memerlukan RM70,000 bagi membawanya pulang ke Indonesia. Agensi

 ??  ?? SINA di hospital di Taiwan. - YouTube
SINA di hospital di Taiwan. - YouTube

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia