Harian Metro

JANGAN ‘SERONOK’ SANGAT...

-

 Taupik tak mahu Chong Wei perlekeh lawan

acara beregu lelaki ialah pemain beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Soon Huat.

Ditanya mengenai perseorang­an wanita, Taupik mengakui mereka sudah jangka Soniia Cheah bakal berdepan laluan sukar dan mengharapk­an sesuatu mampu dilakukan pemain berusia 25 tahun.

“Dia berdepan undian berliku kerana bakal berdepan Grace Chua dari Singapura di pusingan ketiga dan kemungkina­n menentang pemenang pingat emas empat tahun lalu, Michelle Li dari Kanada.

“Bagi persaingan beregu wanita pula kita mengharapk­an gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan mampu meneruskan momentum selepas berjaya memberikan aksi terbaik di Cabaran Antarabang­sa Vietnam sebelum ini.

Kita mengharapk­an keajaiban daripada mereka walaupun bakal berdepan pilihan keempat dari England, Chloe Birch-Jessica Pugh di suku akhir,” katanya.

Taupik juga mengharapk­an sesuatu yang menarik untuk aksi beregu campuran selepas Soon Huat-Shevon Lai diletakkan sebagai pilihan utama dan dalam masa sama gandingan berpengala­man Peng Soon-Goh Liu Ying turut disenaraik­an.

“Ia bukan saja harapan daripada saya, malah seluruh rakyat Malaysia agar kita mampu meraih emas dalam acara beregu campuran dan lebih menarik lagi jika pertemuan sesama sendiri di perlawanan akhir antara Soon Huat-Shevon dan Peng Soon-Liu Ying,” katanya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk meraih tiga emas di Gold Coast, sekali gus mengulangi pencapaian empat tahun lalu di Glasgow, Scotland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia