Harian Metro

Zainal optimis Nauraj rangkul pingat

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Biarpun ramai menaruh harapan buat atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa untuk menjelmaka­n pingat emas buat negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast, ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas yakin perkara itu tidak akan memberi tekanan buat pemegang rekod kebangsaan negara itu.

“Dia (Nauraj) mempunyai kekuatan mental untuk menghadapi tekanan yang mungkin wujud daripada harapan orang ramai terhadapny­a.

“Dalam lompat tinggi itu sendiri daripada segi prestasi, jika Nauraj dapat mengulangi kejayaan pada Terbuka Singapura pada tahun lalu di mana dia perbaiki rekod kebangsaan, saya yakin sekurang-kurangnya pingat perak mampu jadi milik beliau,” kata Zainal.

Untuk rekod, Nauraj mencatat 2.30 meter pada Terbuka Singapura, April tahun lalu dengan seorang lagi atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei pula mengekori rapat dengan mencatat 2.28m pada Kejohanan Balapan dan Padang AACT di Canberra, Australia pada awal Januari lalu.

Zainal berkata, sandaran diletakkan kepada Nauraj bertepatan dengan segala persiapan rapi yang dilakukan atlet itu.

“Saya rasa Nauraj tahu apa dikehendak­i negara. Kalau kita lihat dalam tempoh 2-3 tahun kebelakang­an ini, kita memberikan segala-galanya yang terbaik untuk Nauraj.

“Dia berlatih di luar negara bersama jurulatih asing dari Australia, Alex Stewart dan menyertai kejohanan di Eropah sebelum ke Sukan Olimpik 2016 Rio, seterusnya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan kini Sukan Komanwel,” katanya.

Beliau berkata catatan 2.28m dilakukan Hup Wei juga tidak boleh dipandang ringan kerana atlet itu kini menghuni ranking kedua Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) di belakang atlet Amerika Syarikat, Jeron Robinson dari Amerika Syarikat (2.31m). Robinson bagaimanap­un tidak akan bertanding di Gold

Coast.

“Pencapaian baik boleh menyuntik semangat kedua-dua atlet (Nauraj dan

Hup Wei) untuk

Dia (Nauraj) mempunyai kekuatan mental untuk menghadapi tekanan yang mungkin wujud daripada harapan orang ramai terhadapny­a” Zainal Abas

bersaing sesama mereka bagi membuktika­n siapa lebih baik, sekali gus melonjakka­n pencapaian untuk sekurang-kurangnya menghadiah­kan pingat daripada sukan lompat tinggi,” katanya.

Kali terakhir skuad olahraga memperoleh pingat adalah pada 16 tahun lalu dengan Yuan Yufang meraih gangsa dalam acara 20km jalan kaki wanita dan perak 100m para dimenangi Hisham Khaironi di Manchester pada

2002.

 ??  ?? NAURAJ (kanan) bersama Hup Wei di KL2017.
NAURAJ (kanan) bersama Hup Wei di KL2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia