Harian Metro

‘Masa untuk menyinar’

 Newenham berpendapa­t atlet Program Podium sudah diberi persiapan terbaik ke Gold Coast

- Ajitpal Singh dan Nor Hairulniza­m Wahid sukanteam@nstp.com.my

Kegagalan bukan pilihan buat kontinjen negara apabila memulakan kempen Sukan Komanwel yang membuka tirai, hari ini.

Sebaliknya, ia akan menjadi malapetaka jika mereka tidak boleh mencapai sasaran kedudukan 10 terbaik, namun Pengarah Program Podium, Tim Newenham (gambar) ada pandangan tersendiri mengenainy­a.

“Saya tidak rasa sebarang tekanan,” kata Newenham apabila ditanya sama ada pasukan Program Podium diketuainy­a akan merasai bahang jika Malaysia gagal mencapai sasaran.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) ialah menamatkan kedudukan di kelompok 10 terbaik dan kami melihat beberapa atlet podium boleh menyumbang pingat emas.

“Program itu sudah memberikan 100 peratus kepada atlet dengan membantu semua keperluan mereka untuk berjaya. Sasarannya ialah memiliki sistem pengurusan mampan buat atlet menjelang Olimpik Tokyo 2020.

“Atlet kami melalui persiapan terbaik pernah mereka hadapi.

“Mereka diberikan peralatan lebih baik dan peluang untuk bertanding dan menyertai kejohanan luar negara dengan sesi latihan bersama rakan atlet berkualiti.

“Ini adalah waktu untuk mereka meningkat dan mengambil peluang menyinar dalam temasya ini.”

Bercakap selepas acara sambutan di Perkampung­an Atlet, Newenham bagaimanap­un berkata, Program Podium berharap atletnya akan memberikan 100 peratus pada Sukan Komanwel.

“Kami tidak mahu atlet merasa tekanan tambahan apabila mereka bersaing di sini. Kami mahu mereka gembira melalui setiap detik di sini dan memberikan yang terbaik.

“Jika kami (Program Podium) berdepan tekanan dan kami melepaskan­nya kepada atlet kami, saya tidak rasa ia akan membantu mereka mencapai sasaran.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia