Harian Metro

Carmen impi perbaharui catatan masa

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia bukan saja pentas menyajikan aksi terbaik tetapi platform untuk melayakkan diri ke Sukan Para Asia, Jakarta, Indonesia pada Oktober depan.

Perenang para negara, Carmen Lim mengakui dia berkemungk­inan tidak berpeluang mendapatka­n pingat tetapi tidak bermakna akan menyerah kalah begitu saja kerana turut mempunyai misi lain.

“Saya akan sertai acara 50m gaya bebas wanita dan ini adalah penampilan pertama saya untuk sukan ini. Saya sebenarnya tidak sangka dapat layak untuk sukan ini.

“Tetapi saya berhasrat mencipta catatan peribadi baru, lakukan yang terbaik kerana saya mungkin tidak dapat memenangi pingat.

(gambar)

“Saya harapkan dapat melakukan masa yang baik dan dalam masa sama boleh melayakkan diri untuk ke Sukan Para Asia di Jakarta,” kata Carmen, yang kini berada di Gold Coast.

Carmen berkata, sebelum ini dia menjalani latihan di Kelab Renang Wrexham kerana tempat itu paling dekat dengan sekolah serta asrama di Wales Utara.

Jelasnya, latihan di sana berjalan dengan baik dan catatan masanya juga menunjukka­n peningkata­n.

Carmen yang beraksi di Sukan

Para ASEAN Kuala

Lumpur 2017

(Para KL2017) berkata, perenang dari Kanada dan Australia bakal menjadi pesaing utama.

“Perenang dari Kanada dan Australia memang laju kerana mereka pernah bertanding dalam peringkat paralimpik,” katanya.

Untuk rekod, Carmen dijadual beraksi dalam acara 50m gaya bebas wanita S8 ketika hari terakhir acara renang dipertandi­ngkan di Gold Coast, iaitu 10 April.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia