Harian Metro

Van Huizen puas hati aksi pemanas badan

- Naqib@nstp.com.my Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Di sebalik kekalahan 2-0 kepada Australia semalam, jurulatih Malaysia, Stephen Van Huizen tetap gembira apabila barisannya mendapat perlawanan pemanas badan yang bagus menjelang aksi sulung Sukan Komanwel menentang England, Jumaat ini.

Malah, dia masih boleh menarik nafas lega apabila dapat menurunkan barisan terbaiknya menjelang pertemuan dengan pasukan yang menduduki ranking ketujuh dunia itu.

“Memang keputusan penting, tetapi apa yang lebih penting untuk mendapat perlawanan pemanas badan yang bagus,” kata Stephen.

“Malah, rentak perlawanan hari ini begitu laju dengan kami dipaksa bekerja keras sepanjang 60 minit dan kini kami sudah bersedia serta berharap dapat meningkatk­an lagi aksi menjelang pertemuan dengan England.

“Malah, saya lega kerana semua pemain bebas kecederaan. Malah, Meor (Azuan Hassan) yang cedera siku pada aksi kedua menentang New South Western juga sudah pulih sepenuhnya.”

Kekalahan itu adalah yang pertama buat skuad negara sepanjang tiga perlawanan pemanas badan di venue pertanding­an - Pusat Hoki Gold Coast - selepas mencatat kemenangan ke atas New South Wales Institute of Sports 4-2 dan 5-2.

Dalam aksi itu, dominasi Australia jelas ketara apabila memperoleh lima pukulan sudut penalti berbanding Malaysia yang gagal mendapat sebarang pukulan.

Bagaimanap­un, ada petanda positif daripada kekalahan itu apabila pasukan nombor satu dunia itu sekali lagi gagal berkenduri gol ke atas Malaysian Tigers selepas pertemuan di Piala Sultan Azlan Shah, Ipoh, Mac lalu berkesudah­an Malaysia tewas 3-1.

Dalam pada itu, Stephen menyifatka­n England sebagai pasukan yang sukar ditumbangk­an.

“Jelas sekali England menjadi pilihan untuk menang, tetapi kita akan cuba sedaya upaya membuat kejutan ke atas mereka,” katanya.

Dalam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan di Piala Sultan Azlan Shah, bulan lalu menyaksika­n anak buah Stephen dibelasah

7-2. Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) membakar semangat penuntut dan pegawainya yang terpilih menyertai Sukan Komanwel di Gold Coast apabila memberi insentif wang tunai RM1,000 seorang, semalam.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata, pemberian itu berbeza dengan sebelum ini apabila atlet yang mewakili negara hanya diraikan dan diberi insentif selepas pulang membawa kejayaan.

“Kali ini kita beri dahulu untuk memberi mereka lebih semangat dan membuktika­n betapa pengurusan UPM bangga kerana mereka terpilih ke sana,” katanya selepas Majlis Meraikan Atlet UPM ke Sukan Komanwel, di sini, semalam.

Untuk rekod, seramai 55 atlet daripada keseluruha­n 178 atlet negara yang terpilih ke temasya kedua terbesar dunia itu yang disingkap secara rasmi esok adalah atlet yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Daripada jumlah itu, 27 atlet adalah atlet UPM yang akan beraksi dalam sukan hoki lelaki, menembak, olahraga, ragbi 7 sebelah, hoki wanita, terjun dan seorang lagi pegawai UPM, Muhammad Azwar Bakar turut bertanding dalam sukan ping pong para.

Sementara itu, jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail yang diberi penghormat­an sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara pada majlis pembukaan berkata, insentif yang diberikan UPM itu adalah motivasi dan penyuntik semangat buatnya beraksi lebih baik.

“Buat masa ini saya perlu mengawal diri sendiri daripada terlalu teruja menjelang pertanding­an nanti kerana ia memang tak bagus.

“Sekarang saya perlu fokus untuk diri sendiri, bertenang dan beri tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan nanti (pertanding­an),” kata penuntut Ijazah Pendidikan Jasmani itu yang menangguhk­an satu semester bagi memberi tumpuan di Gold Coast.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia