Harian Metro

Sloane tarik diri WTA Terbuka Volvo

-

Charleston (Carolina Selatan): Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens

menarik diri daripada kejohanan WTA Terbuka Volvo atas alasan keletihan mental dan fizikal selepas meraih gelaran di Terbuka Miami, Sabtu lalu.

Sloane diletakkan pilihan keempat dalam kejohanan tanah liat pertama bagi musim ini dan membuat keputusan berkenaan, kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Sloane memohon maaf kerana terpaksa menarik diri tatkala kejohanan disertainy­a di Miami menjadi punca keletihan buat dirinya.

Pada kejohanan di Miami, Sloane menewaskan Jelena Ostapenko 7-6 (5), 6-1 dan pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia masih belum bersedia untuk beraksi di tahap terbaiknya dan memutuskan untuk berehat buat seketika.

Sementara itu, pemain Jepun, Naomi Osaka menewaskan Jennifer Brady 6-4, 6-4 untuk melangkah ke pusingan kedua di kejohanan terbesar bagi wanita di Amerika Utara.

Naomi yang berganjak satu anak tangga ke pencapaian karier tertinggi ke-21 dalam kedudukan ranking WTA, diletakkan sebagai pilihan ke-10 pada kejohanan yang dijadual berlangsun­g dari 31 Mac hingga 8 April di Pusat Tenis Family Circle, Daniel Island, Charleston itu.

Dua minggu selepas meraih gelaran pertama WTA di Terbuka Paribas BNP Indian Wells, Naomi, yang bergelut di gelanggang tanah liat berkata, dia berasa lega apabila berjaya meraih kemenangan. - Agensi

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia