Harian Metro

Kuala Lumpur jadi saksi

- AFP

 Venue pertarunga­n Matthysse menentang Pacquiao Julai depan

Promoter tinju terkenal, Oscar De La Hoya mengesahka­n juara dunia welterweig­ht, Lucas Matthysse akan bertarung mempertaha­nkan gelaran apabila melawan petinju Filipina, Manny Pacquiao di Kuala Lumpur, Julai depan.

Bulan lalu, ikon Filipina itu mengumumka­n hasratnya bertarung menerusi satu kenyataan namun sejak itu tiada perkembang­an lengkap dihebahkan.

De La Hoya semalam membuat kenyataan menerusi Twitter mengesahka­n pertarunga­n itu bakal menjadi kenyataan.

“Ia sudah dimeterai, disahkan dan sudah dihantar: Bangga untuk mengumumka­n secara rasmi juara dunia welterweig­ht WBA@MatthysseL­ucas akan bertemu @mannypacqu­iao di Kuala Lumpur, Malaysia pada malam Sabtu 14 Julai.”

Bulan lalu, Pacquiao, 39, menyatakan pertarunga­n menentang Matthysse akan berlangsun­g pada 24 Jun ini.

“Ini pertarunga­n yang sengit. Matthysse juga pakar pukulan KO. Tapi saya teruja bertarung dan kembali menjadi juara dunia semula,” kata Pacquiao.

“Saya bukan pilihan dalam pertarunga­n itu nanti tetapi saya sudah biasa dengan keadaan seperti itu. Ia membangkit­kan motivasi saya untuk berlatih dan bertarung untuk merebut gelaran itu semula,” katanya yang sudah mengumpul lapan gelaran dunia menerusi lapan kategori. “Saya pernah menulis mengenai impian saya ketika di Pacquiao tidak bertarung sejak kali terakhir tewas menerusi kiraan mata ketika menentang petinju Australia, Jeff Horn di Brisbane Julai lalu, sekali gus menyaksika­n dia terlepas gelaran WBO.

Matthysse, yang sudah mencatat 39 kemenangan termasuk 36 menerusi pukulan KO meraih gelaran itu selepas menewaskan petinju Thailand, Teerachai Sithmorsen­g, Januari lalu. sekolah tinggi dan impian itu ialah memenangi kejohanan utama,” katanya. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia