Harian Metro

Pernilla raih gelaran LPGA pertama atasi In-bee

-

California: Pemain Sweden, Pernilla Lindberg merangkul gelaran LPGA pertamanya apabila mengatasi bintang Korea Selatan, In-bee Park pada pusingan playoff Kejohanan ANA Inspiratio­n di Rancho Mirage, California, semalam.

Pernilla yang juga pemain nombor 95 dunia, melengkapk­an kejutan apabila membenam birdie dari jarak 25 kaki di lubang playoff kelapan di Lapangan Mission Hills.

Juara tujuh kejohanan utama, In-bee terlepas birdie dari jarak 15 kaki sekali gus membolehka­n Pernilla memenangi kejohanan utama pertamanya.

Pernilla adalah pemain

(gambar)

Sweden ketiga yang memenangi kejohanan utama di Lapangan Mission Hills selepas Annika Sorenstam (tiga kali) dan Helen Alfredsson.

“Saya seorang yang tidak menyerah kalah dan menjelang hujung saingan, saya dapat rasakan bahawa saya bakal muncul juara. Saya memang bersikap begini,” kata Pernilla, 31.

“Setiap hari, saya melihat nama saya di kedudukan teratas dan hari ini, saya dapat rasakan bahawa saya akan berjaya. Saya berjaya mengekalka­n ketenangan untuk menang.”

Begitupun, sama seperti penonton, dia juga terkejut apabila pukulan putt kemenangan berjaya menemui lubang. “Saya tidak ingat bila kali terakhir saya melakukan putt sedemikian,” katanya.

Playoff antara kedua-dua pemain itu terpaksa diheret hingga semalam selepas cuaca gelap memaksa mereka menangguhk­an aksi.

Tiga pemain layak untuk ke playoff tetapi pemain Amerika Syarikat, Jennifer Song gagal menyaingi Pernilla dan In-bee di lubang playoff ketiga.

Pernilla berpeluang menang selepas lubang par 5 ketujuh tetapi birdie yang dicarinya tersasar.

Dia bagaimanap­un menebus kesilapan itu di lubang 8, sekali gus melengkapk­an impian sejak zaman kanak-kanaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia