Harian Metro

‘Sebelah kaki dah layak’

- Reuters

 Kane harap Spurs kekal beraksi di Liga Juara-Juara bagi musim ketiga

Tottenham Hotspur boleh dianggap mengharung­i musim yang berjaya jika layak ke Liga Juara-Juara dan menamatkan kemarau trofi dengan menjulang Piala FA, kata penyerang berbisa, Harry Kane.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino ketika ini memiliki kelebihan lapan mata di depan Chelsea yang menghuni tangga kelima susulan kemenangan 3-1 ke atas The Blues dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

Kemenangan di laman lawan, Stamford Bridge itu menyaksika­n Tottenham kini sudah meletakkan sebelah kaki untuk layak beraksi di kejohanan elit Eropah itu buat musim ketiga berturut-turut.

“Penting untuk kami mengekalka­nnya (beraksi di Liga Juara-Juara). Kami tidak mahu menjadi pasukan yang berada di sana setahun atau dua tahun dan kemudian terkeluar,” kata Kane.

“Kami layak untuk berada di sana. Kami menunjukka­n kami boleh bersaing dengan kelab yang terbaik di Liga Juara-Juara musim ini.

“Jelas, ia satu kekecewaan apabila tersingkir (menentang Juventus), tetapi kami memperoleh beberapa keputusan yang hebat, jadi kami mahu berada di sana sekali lagi tahun depan dan melakukan perkara yang sama.”

Spurs turut mara ke peringkat separuh akhir Piala FA buat musim kedua berturut-turut dan penyerang England itu bertekad untuk membantu kelabnya menjuarai trofi utama pertama sejak kali terakhir memenangi Piala Liga pada 2008.

Lawan yang bakal ditentang Spurs di peringkat empat terbaik pada 21 April ini ialah Manchester United, manakala satu lagi aksi separuh akhir membabitka­n Chelsea dan Southampto­n dijadual sehari kemudian.

“Kami cuba untuk menang trofi dan kami berada di landasan yang baik,” kata Kane. “Kami perlu mengharung­i perlawanan yang sukar menentang Manchester United, tetapi jika mara, kami akan bertemu Chelsea atau Southampto­n dan melihat bagaimana kesudahann­ya.”

 ??  ?? KANE mahu Spurs kekal bersaing bersama kelab handal di Liga Juara-Juara.
KANE mahu Spurs kekal bersaing bersama kelab handal di Liga Juara-Juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia