Harian Metro

PERTEMBUNG­AN PENGENDALI TERHEBAT

 Klopp, Guardiola catur strategi rebut tiket separuh akhir Liga Juara-Juara

-

Jurgen Klopp tiada masalah untuk mengakui kemampuan Pep Guardiola membentuk skuad luar biasa, tetapi pengendali Liverpool itu yakin dia dapat merapatkan jurang mereka apabila Manchester City bertandang ke Anfield untuk pertembung­an Liga Juara-Juara.

Selepas bertembung sebelum ini bersama Borussia Dortmund dan Bayern Munich, persaingan antara Klopp dan Guardiola beralih ke pentas lebih tinggi apabila Liverpool berdepan City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Dua pengendali hebat Eropah, Klopp dan Guardiola dilihat bersedia untuk merebut hadiah terbesar sukan berkenaan dalam tahun-tahun mendatang.

Tetapi, masing-masing saling menghormat­i antara satu sama lain, dengan Klopp kagum terhadap keupayaan Guardiola menerapkan falsafah permainann­ya kepada pasukan.

“Pasukannya sentiasa berada pada posisi yang tepat. Dia sentiasa mempunyai pasukan yang hebat dan mampu membuat keputusan bijak,” kata Klopp. “Di Barcelona dia mempunyai Xavi, Iniesta, Busquets, Lionel Messi dan ramai lagi.

“Di Bayern dia mempunyai pemain hebat yang mampu membuat keputusan menakjubka­n. Kini, dengan Gundogan, Silva Aguero, Sane di sayap kiri, Sterling di kanan, Gabriel Jesus, semuanya luar biasa.

“Posisi amat penting, tapi ia bukan sihir, bukan perkara luar biasa hanya kerana pemain sayap masuk ke dalam.

“Tapi, apabila pemain berada di posisi yang betul, mereka dapat bergerak dengan pantas ke tempat yang sepatutnya, ketika itulah kualiti individu menjadi penting.”

Guardiola pula kagum dengan komitmen Klopp menerapkan corak permainan menarik, dengan pengendali dari Sepanyol itu berkata, rakan sejawatnya itu adalah pengendali terbaik di dunia untuk penonton kerana membentuk pasukan untuk mengancam benteng terakhir lawan.

 ??  ?? KLOPP hormati kemampuan Guadiola dan mahu pemain pamer prestasi terbaik di Anfield. SALAH (kanan) mampu jadi mimpi ngeri skuad Guardiola (kiri).
KLOPP hormati kemampuan Guadiola dan mahu pemain pamer prestasi terbaik di Anfield. SALAH (kanan) mampu jadi mimpi ngeri skuad Guardiola (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia