Harian Metro

Salah ancaman terbesar Citizens

-

London: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berkemampu­an memusnahka­n mana-mana pertahanan lawan dan layak memenangi anugerah Pemain Terbaik, kata rakan sepasukann­ya, Virgil van Dijk.

Liverpool dijadual menerima kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Salah dianggap sebagai ancaman terbesar buat City sudah menjaringk­an 37 gol dalam semua kejohanan musim ini termasuk satu gol ketika The Reds menewaskan skuad kendalian Pep

Guardiola 4-3, Januari lalu.

Ketika ditanya adakah Salah mampu mengucar-kacirkan barisan pertahanan City yang beraksi cukup baik musim ini, Van Dijk berkata: “Semua orang tahu mengenainy­a. Kami juga merasakan perkara yang sama.

“Dia adalah pemain yang membuatkan kamu perlu berada di prestasi terbaik. Apabila dia di tahap 100 peratus, dia berada di zon di mana dia boleh menewaskan sesiapa pun.

“Ada cara untuk menghentik­annya, tapi saya tidak akan memberitah­u kerana saya tidak mahu lawan kami mengetahui­nya.”

Salah yang juga pemain kelahiran Mesir dijangka bersaing sengit dengan pemain tengah City, Kevin de Bruyne bagi merebut anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Bolasepak Profesiona­l.

Van Dijk tidak boleh mengundi untuk rakan sepasukann­ya tetapi berkata, pasukan akan melakukan apa saja yang termampu untuk meningkatk­an peluang Salah memenangi anugerah individu berkenaan.

“Saya fikir semua orang di bilik persalinan adalah orang yang normal. Tiada sesiapapun yang merasakan mereka lebih bagus daripada orang lain, semua orang bersatu dan bekerja keras untuk mendapatka­n kemenangan,” kata pertahanan Belanda itu.

“Ia adalah perkara baik yang kami ada di dalam pasukan. Semua orang tahu semangat berpasukan kami dan tanpa semua orang, Mo tidak akan dapat menjaringk­an semua gol yang dimilikiny­a. Semua orang perlu berada di tahap 100 peratus dan saya fikir kami melakukann­ya.”

- Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia