Harian Metro

‘Elak perebutan’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Afandi syor beri kemenangan percuma kepada Hamidin

Semua 20 ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran supaya mengelak daripada mencetuska­n ‘pertembung­an’ untuk merebut kerusi Presiden FAM pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai depan.

Saranan itu dilontarka­n bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah yang mengesyork­an kepada semua ahli gabungan agar dapat sebulat suara memberi ‘kemenangan percuma’ kepada Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin selaku peneraju baharu badan induk itu.

Meskipun mengakui pemilihan jawatan presiden perlu bersifat demokrasi dan terbuka kepada semua pihak, namun Afandi menggesa Exco supaya memudahkan lagi perjalanan pada kongres terbabit selepas mengambil kira faktor Hamidin sebagai calon yang layak untuk menggantik­an Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya mengenali Hamidin secara peribadi dan sudah tentu saya bersetuju untuk menyatakan bahawa Hamidin sememangny­a layakmenja­di presiden. Dengan pengalaman­nya yang luas selaku pentadbir, ini membuktika­n dia memiliki kemampuan untuk menjadi pemimpin.

“Malah, hubungan baiknya bersama persatuan sukan dalam dan luar negara juga dilihat mampu meneruskan perancanga­n yang sudah disusun. Tunku Ismail sendiri yang mencalonka­n namanya jadi sudah tentu beliau (Tunku Ismail) percaya dengan kredibilit­inya.

“Justeru, saya melihat lebih baik sekiranya tiada persaingan untuk merebut jawatan presiden pada kongres nanti. Exco perlu merealisas­ikan hasrat Tunku Ismail yang mahukan Hamidin supaya menjadi Presiden FAM yang baru,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, menerusi Mesyuarat Khas Pertama Exco FAM Bagi Penggal 2017-2021, Hamidin dicalonkan sebagai presiden baru badan induk itu susulan peletakan jawatan penyandang­nya, Tunku Ismail dalam satu sidang media, 25 Mac lalu.

Hamidin yang menyandang jawatan tugas setiausaha agung sejak 2013 di bawah teraju tiga presiden mengesahka­n bersedia untuk merebut jawatan nombor satu itu selepas mendapat sokongan penuh daripada Exco FAM.

Sehubungan itu, FAM mengedarka­n kertas pencalonan kepada 20 ahli gabungan untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi merebut ‘kerusi panas’ itu sehingga pencalonan ditutup pada 11 Mei ini.

 ??  ?? HAMIDIN (kiri) bersalam dengan Exco FAM selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif, kelmarin.
HAMIDIN (kiri) bersalam dengan Exco FAM selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia