Harian Metro

KAFA turut sokong Hamidin

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyatakan sokongan penuh kepada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hami din Mohd Amin bertanding sekali gus menafikan kemungkina­n Tan Sri Annuar Musa akan dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan.

Nama Annuar kembali disebut selepas FAM membuka kembali pencalonan bagi kerusi presiden pada Kongres FAM, 14 Julai depan apabila Exco badan induk bola sepak tanah air itu menerima peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Bekas Presiden KAFA itu pernah dicalonkan untuk mencabar Tunku Ismail pada pemilihan tahun lalu namun beliau menarik diri, dua hari sebelum Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac 2017.

Bagaimanap­un Bibi Ram jani yang mengambil alih posisi Annuar menerajui KAFA mengesahka­n setakat ini, Hamidin adalah calon pilihan mereka.

“Setakat ini kami tidak mendapat maklumat apa-apa yang beliau (Annuar) nak bertanding, tapi kalau dalam jawatan KAFA pun beliau tak nak, tak kan FAM pula beliau mahu.

“Pada saya, tidak kisah siapa-siapa yang nak menjadi Presiden FAM, tapi biarlah orang yang betul-betul nak jaga FAM dan bola sepak Malaysia. Kena orang yang rajin dan mempunyai ketahanan mental. Bagi KAFA, kami hanya akan mencalonka­n

(gambar)

Hamidin seperti yang dicadangka­n oleh TMJ,” katanya.

Semua 20 ahli gabungan kini boleh menghantar pencalonan masing-masing sehingga tarikh akhir pengumuman dibuat pada 11 Mei depan.

Hamidin yang menerajui sekretaria­t FAM sejak 2013 kini menjadi calon pilihan selepas mendapat sokongan padu TMJ, dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal, ahli Exco serta ahli gabungan FAM.

“Pada saya Hamidin layak kerana komitmen kerja beliau dengan FAM sekarang. Kalau nak diikutkan kerja sebagai SU (Setiausaha Agung) adalah lebih besar, serba-serbi beliau tahu dan kena buat. Jadi beliau ada pengalaman luas,” kata Bibi.

Bagaimanap­un, Annuar ketika dihbungi enggan membuat sebarang kenyataan mengenainy­a.

 ?? Bibi Ramjani ?? Setakat ini kami tidak mendapat maklumat apa-apa yang beliau (Annuar) nak bertanding”
Bibi Ramjani Setakat ini kami tidak mendapat maklumat apa-apa yang beliau (Annuar) nak bertanding”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia