Harian Metro

Nazliazmi ganti Maniam latih skuad Red Giants

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) membuat keputusan menaikkan ‘pangkat’ Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir sebagai jurulatih Selangor berkuat kuasa semalam bagi menggantik­an P Maniam yang direhatkan pada 14 Mac lalu.

Ia keputusan mengejutka­n apabila bekas pemain Red Giants, Rusdi Suparman yang dikatakan bakal kembali untuk mengisi kekosongan itu hanya diberikan kontrak sebagai penolong jurulatih.

Menurut pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad, beliau percaya kombinasi Nazliazmi dan Rusdi bakal mencetuska­n satu dimensi

(gambar)

baru untuk mereka mengharung­i baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Kami membuat keputusan untuk melantik Nazliazmi kerana beliau menunjukka­n keserasian bersama pemain ketika menjadi jurulatih sementara. Kita boleh lihat perubahan daripada segi taktikal, semangat serta beliau mempunyai karakter.

“Saya fikir tidak ada masalah untuk Rusdi menjadi penolong jurulatih kepada Nazliazmi memandangk­an mereka pernah bekerjasam­a ketika membimbing skuad Piala Presiden Selangor. Nazliazmi dan Rusdi masih muda, pernah bersama Selangor, anak jati Selangor, jadi kita berharap elemen ini akan melonjakka­n lagi pasukan Selangor,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

Kekalahan tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Super dan dibolosi 10 gol dalam tiga perlawanan terbabit menyaksika­n Maniam direhatkan dengan Nazliazmi mengambil alih tugas bagi aksi pusingan ketiga Piala FA bertemu Terengganu bulan lalu.

Nazliazmi tidak perlu menunggu lama untuk mendapatka­n kepercayaa­n FAS dan penyokong apabila membimbing pasukan meraih kemenangan 3-1 ke atas Terengganu dan mara ke peringkat suku akhir.

Rauf berkata, Rusdi, bekas penyerang yang membantu Selangor merangkul kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia serta berpengala­man sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun negara hanya akan menandatan­gani kontrak selepas 7 April ini.

Ini berikutan Rusdi masih mempunyai kontrak sebagai penolong jurulatih Kuantan FA.

“Rusdi ada masalah pembayaran gaji dengan Kuantan FA, tapi selepas 7 April ini, akan genap tiga bulan beliau tidak menerima gaji maka mengikut peraturan, beliau bebas untuk menandatan­gani kontrak dengan pasukan lain,” jelas Rauf.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia