Harian Metro

Sama handal

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 PKNS, Perak buat perhitunga­n pada suku akhir pertama Piala FA di Shah Alam, Sabtu ini

Penguasaan di bahagian tengah bakal menentukan pasukan mana yang akan muncul pemenang apabila PKNS FC menentang Perak pada suku akhir Piala FA kelak.

Tonggak pertahanan PKNS, Zac Anderson berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan setara di posisi berkenaan yang mampu merubah corak persembaha­n serta mempengaru­hi keputusan perlawanan.

PKNS dan Perak akan membuat perhitunga­n pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Sabtu ini disusuli saingan kedua pada 21 April depan.

Anderson membuat analisa itu berdasarka­n pertembung­an kedua-dua pasukan pada Liga Super di Stadium TLDM, Lumut, 10 Februari lalu yang berkesudah­an PKNS menang 2-0.

Menurut Anderson, walaupun The Red Ants muncul pemenang dalam saingan itu namun hakikatnya ia perlawanan yang sangat sukar kerana Perak memberi tentangan hebat.

“Saya menjangkak­an kami akan menempuh kesukaran serupa dalam perlawanan kali ini kerana jurang pemisah antara kedua-dua pasukan terlalu tipis. Ia pasti menjanjika­n sesuatu yang sengit.

“Berdasarka­n perlawanan Liga Super lalu, saya melihat bahagian tengah sekali lagi akan menjadi faktor penentu. Pasukan mana yang mampu mendominas­inya, ia akan muncul sebagai pemenang,” katanya.

PKNS dijangka membariska­n dua tonggak import, Romel Romales dan Jonathan Acosta untuk mengemudi jentera tengah sambil dibantu pemain kebangsaan, Mahali Jasuli.

Mereka bakal ‘berperang’ dengan trio tengah Perak terdiri daripada Nasir Basharuddi­n, Wander Luiz dan Lendro Dos Santos.

Sementara itu Anderson berkata dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut untuk mengekang barisan serangan Perak yang diterajui penyerang import dari Brazil, Gilmar Filho.

“Gilmar seorang yang sukar dikawal serta sentiasa perlu diberi tumpuan sepanjang perlawanan. Andai sedikit terleka, dia akan menghukum kami.

“Kecederaan dialami memberi saya cuti yang panjang, jadi saya akan kembali dengan semangat yang lebih segar untuk menghadapi perlawanan ini. Matlamat kami adalah layak ke final,” kata Anderson.

 ??  ?? ANDERSON (kiri) sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan sedia mengekang barisan serangan Perak.
ANDERSON (kiri) sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan sedia mengekang barisan serangan Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia