Harian Metro

Penduduk selamat 30 tong gas daripada meletup

-

Kiulu: Penduduk Kampung Pukak, di sini, mengambil risiko berulang-alik ke koperasi kampung itu yang terbakar bagi menyelamat­kan lebih 30 tong gas, seterusnya mengelak berlaku letupan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, koperasi menjual barangan runcit berkenaan musnah 95 peratus, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penduduk, Martina Gilid, 48, berkata, dia dan keluargany­a melalui lokasi kejadian yang sudah ditutup jam 5 petang, namun ada saksi melihat api kecil di dalamnya sebelum memaklumka­n kepada penduduk yang bertugas menjaga premis berkenaan.

“Tidak lama selepas itu, api semakin marak dan penduduk menghulurk­an bantuan dengan mengangkat tong gas untuk dipindahka­n ke luar koperasi bagi mengelak letupan,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Mohd Abd Qawie Abd Gapar berkata, sebaik menerima panggilan jam 6.17 petang, pihaknya menghantar 12 anggota bersama dua jentera ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, koperasi jenis kekal itu musnah 95 peratus dan bomba mendapati lebih 30 tong gas berjaya diselamatk­an penduduk untuk mengelak berlaku perkara lebih buruk.

“Bomba seterusnya memadam api sepenuhnya serta menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum menamatkan operasi jam 7.42 malam,” katanya.

Mohd Abd Qawie berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? KEBAKARAN membabitka­n sebuah kedai koperasi di Kampung Pukak, Kiulu.
KEBAKARAN membabitka­n sebuah kedai koperasi di Kampung Pukak, Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia