Harian Metro

Misteri bau busuk terungkai

 Mayat lelaki warga emas ditemui tertiarap di tebing sungai

- Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

Bau busuk yang dihidu seorang buruh membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu di tebing Sungai Padas, Kampung Bakalau di sini, kelmarin.

Mayat Yen Ket Fah @ Peter, 66, ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap di tebing sungai itu jam 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan jam 3.04 petang daripada pengadu berusia 28 tahun.

“Hasil siasatan mendapati, pengadu ketika berada di rumahnya terhidu bau busuk dari Sungai Padas yang jaraknya antara 20 hingga 30 meter.

“Dia kemudian melakukan pemeriksaa­n sebelum menemui mayat tertiarap di tebing sungai dan membuat laporan di Balai Polis Beaufort,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azmir berkata, hasil siasatan mendapati mayat itu seorang lelaki ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap, namun tidak berkasut.

“Rusuk kanan mangsa berlubang manakala tangan kanan tinggal tulang dipercayai dimakan binatang.

“Pemeriksaa­n pada tubuhnya tidak menemui sebarang kecederaan, tetapi berdasarka­n fizikal, dia dipercayai meninggal dunia dalam tempoh tiga atau empat hari lalu,” katanya.

Azmir berkata, pemeriksaa­n lanjut di kocek seluar menemui lesen motosikal dan melalui alamat diperoleh, dia menetap di Kampung Jimpangah.

“Sepasukan anggota polis diarah ke kampung itu bagi mendapatka­n maklumat lanjut dan hasil pertanyaan kepada penduduk mengatakan dia tinggal seorang diri,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort.untuk bedah siasat bagi mengetahui sebab kematianny­a dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? MAYAT lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu di tebing Sungai Padas, Kampung Bakalau, di Beaufort.
MAYAT lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu di tebing Sungai Padas, Kampung Bakalau, di Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia