Harian Metro

Makin mengganas

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Renjer JHLS, TTS temui bahan buat bom ikan ditanam dalam pasir

Renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) bersama Taman-Taman Sabah (TTS) menemui bahan membuat bom ikan yang ditanam di pasir dekat pesisiran pantai di Pulau Kukuban, di sini, kelmarin.

Bahan letupan terdiri daripada baja urea dan bahan peledak (detonator) itu ditemui kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Kudat.

Pengarah Maritim Malaysia Daerah Kudat Leftenan Komander Boon Chin Chau, mengesahka­n pihaknya menerima sejumlah bahan letupan disyaki digunakan untuk mengebom ikan sekitar perairan Pulau itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota Maritim Malaysia dimaklumka­n mengenai penemuan bom ikan itu oleh renjer JHLS dan TTS ketika menjalanka­n rondaan di sekitar perairan terbabit.

“Hasil siasatan, ada enam botol mengandung­i bahan urea, enam fius keselamata­n dan enam detonator ditemui tertanam dalam pasir di pesisiran pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chin Chau berkata, tiada tangkapan dibuat, namun pihaknya memandang serius terhadap aktiviti mengebom ikan dan memiliki bahan letupan kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak atau individu sekiranya terbabit dalam kegiatan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, komuniti maritim di kawasan itu diminta terus memberi maklumat berhubung aktiviti pengeboman ikan di daerah itu.

“Sebarang maklumat, boleh dimaklumka­n terus di bilik operasi di talian 088-611858 atau boleh berhubung terus ke talian kecemasan 999 untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Maritim Malaysia menunjukka­n bahan membuat bom ikan yang ditemui di pesisiran pantai Pulau Kukuban, kelmarin.
ANGGOTA Maritim Malaysia menunjukka­n bahan membuat bom ikan yang ditemui di pesisiran pantai Pulau Kukuban, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia