Harian Metro

Sedia hadapi kemarau panjang

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersedia menghadapi musim kemarau panjang yang diramal bermula bulan ini hingga Ogos depan.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, JPBN menerusi agensi kerajaan lain akan memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk terjejas dalam tempoh yang lebih singkat.

Katanya, berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP), bekalan air bersih perlu dibekalkan dalam tempoh enam jam sebaik laporan diterima.

“Berdasarka­n ramalan Jabatan Meteorolog­i Malaysia, kemarau berlaku di Sarawak bermula bulan ini hingga Ogos depan.

“Bagi memastikan masalah kekurangan bekalan air tidak berlaku, JPBN akan memastikan bekalan air disalurkan secepat mungkin kepada penduduk di kawasan terjejas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pasca Banjir di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Mesyuarat

dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN Sarawak.

Francis berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM34.5 juta merangkumi operasi membaik pulih kerosakan dan bantuan kepada penduduk terjejas.

Katanya, antara kawasan terjejas banjir ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Secara keseluruha­n, kerajaan negeri berpuas hati dengan operasi bantuan membabitka­n agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bermula 16 November hingga 20 Mac lalu.

“Berdasarka­n pengalaman, JPBN lebih bersedia menghadapi banjir dan bencana lain kerana SOP yang digunakan sebelum ini berkesan dalam memberikan bantuan kepada mangsa terjejas,” katanya.

 ??  ?? FRANCIS (kiri) menerima geran sumbangan daripada Yayasan Sarawak.
FRANCIS (kiri) menerima geran sumbangan daripada Yayasan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia