Harian Metro

Operasi TBSI lancar

- Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

 Hari pertama khidmat bas ekspres jarak jauh di terminal baru teratur

Hari pertama operasi perkhidmat­an bas ekspres jarak jauh di Terminal Bandar Sri Indah (TBSI) di sini, semalam, berjalan lancar dengan semua syarikat pengendali bas sudah berpindah sepenuhnya ke situ.

Tinjauan ke terminal itu mendapati pengusaha bas memulakan operasi di kaunter baharu seawal jam 5.30 pagi dan memulakan perjalanan mengikut jadual ditetapkan.

Selain pembelian tiket secara dalam talian, ada dua kaunter utama bersepadu untuk orang ramai membeli tiket secara terus, manakala lapan lagi kaunter untuk setiap syarikat pengusaha bas bagi memudahkan pelanggan menguruska­n bagasi.

Pengurus Harta Benda, Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Lily Medriana Serigar berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan perjalanan operasi di terminal baru berkenaan yang lebih teratur, selain pelbagai kemudahan disediakan.

“Maklum balas penumpang pada hari pertama (semalam) ini juga amat menggalakk­an dan kita yakin apabila orang ramai sudah biasa dengan kawasan ini, ramai penumpang akan menggunaka­n terminal ini,” katanya ketika meninjau operasi hari pertama di TBSI, di sini, semalam.

Penjualan tiket bas di TBSI itu dikendalik­an syarikat yang mengendali­kan sistem terminal tiket berpusat (TCC), Easybook Malaysia Sdn Bhd (Easybook).

Pengarah Akaun Easybook Azman Mansor berkata, selain pembelian tiket secara manual di kaunter, orang ramai digalakkan membeli tiket secara dalam talian yang lebih mesra pengguna dan mudah.

“Setakat ini, penumpang sudah mula membuat tempahan secara dalam talian yang membabitka­n perjalanan dari terminal ini ke Kota Kinabalu.

“Semua harga tiket perjalanan yang ditawarkan adalah berdasarka­n harga ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP),” katanya.

Sebelum ini, syarikat pengendali bas ekspres perjalanan jarak jauh dari Tawau ke Kota Kinabalu dan Tawau ke Sandakan beroperasi di Terminal Bas Sabindo menggunaka­n sistem tiket di kaunter yang diuruskan pihak pengurusan syarikat bas masing-masing di terminal berkenaan.

Penumpang, Harlina Hamsa, 50, berkata, perkhidmat­an di TBSI amat memuaskan dan lebih selesa.

“Pagi ini (semalam) saya datang beli tiket secara manual selepas mendapat tahu operasi bas sudah berpindah ke sini.

“Mungkin selepas ini saya beli tiket secara dalam talian kerana lebih mudah dan menjimatka­n masa,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai mula menggunaka­n perkhidmat­an bas di Terminal Bandar Sri Indah, Tawau.
ORANG ramai mula menggunaka­n perkhidmat­an bas di Terminal Bandar Sri Indah, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia