Harian Metro

Penjara baru tangani kepadatan banduan

-

Kinabalu: Sebuah penjara baru di Lahad Datu kini giat dibina bagi menangani masalah kepadatan penghuni penjara di negeri ini.

Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Suria Idris berkata, pembinaan penjara baru itu masih di peringkat awal dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Katanya, semua penjara seluruh negeri yang terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau kini mengalami masalah kepadatan penghuni.

“Setakat ini, kita mempunyai seramai 5,360 penghuni penjara di seluruh negeri. Jumlah itu sekali gus mengakibat­kan kita mengalami lebihan penghuni kira-kira 37 peratus.

“Pembinaan penjara baru ini nanti diharap mampu menyelesai­kan masalah kesesakan yang dihadapi sekarang,” katanya kepada media selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat, dekat sini, kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Nadzri Siron dan turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Pada majlis itu, seramai 142 kakitangan penjara pelbagai pangkat seluruh negeri menerima anugerah susulan perkhidmat­an cemerlang sepanjang tahun lalu, selain turut disampaika­n Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat.

Sementara itu, Nadzri berkata, pihaknya akan mempergiat­kan lagi pelaksanaa­n sistem parol di negeri ini sebagai antara inisiatif mengurangk­an kesesakan dalam penjara.

Beliau berkata, melalui program terbabit, pesalah yang baki hukuman tinggal lebih setahun akan diarah melakukan kerja khidmat masyarakat selain bekerja dengan syarikat yang menjalinka­n kerjasama bersama Jabatan Penjara.

“Semua pesalah yang mengikuti program ini tidak lagi perlu tinggal dalam penjara, sebaliknya menetap bersama keluarga masing-masing atau rumah perantaraa­n Jabatan Penjara,” katanya.

 ??  ?? NADZRI (dua dari kiri) di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara Malaysia.
NADZRI (dua dari kiri) di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia