Harian Metro

TERIMA KASIH ABANG JPJ

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Saya dan rakan setugas berasa tersentuh melihat kepayahan wanita itu bersama empat anaknya membonceng motosikal ditunggang rakannya. Keadaan mereka kelihatan sangat tidak selesa.

“Atas dasar perikemanu­siaan kami sepakat bantu wanita itu, bimbang keselamata­n mereka meskipun kami ketika itu sedang bertugas,” kata Ketua Pembantu Penguatkua­saan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Shahrul Shahrizal Md Jawahair, 36.

Keikhlasan Shahrul bersama tiga rakan membantu keluarga itu ketika meronda di Kilometer 56 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampira­n Plaza Tol Bentong, menghala Kuala Lumpur jam 11 pagi, kelmarin tular di Facebook (FB) dan mendapat pujian netizen.

Menerusi gambar yang tular di FB sejak kelmarin, dua kanak-kanak kelihatan duduk berhimpit di dalam bakul, manakala dua lagi dipangku ibu mereka.

Shahrul dan tiga rakan yang bertugas di Stesen Timbang Penguatkua­saan JPJ Karak berkata, pada mulanya mereka menghampir­i motosikal terbabit untuk menawarkan bantuan, selain bertanyaka­n destinasi mahu dituju.

“Kami terkejut selepas mengetahui mereka dalam perjalanan dari FELDA Jengka 17, Pahang dan mahu pulang ke rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul.

“Pada mulanya lelaki yang menunggang motosikal berkenaan menolak pelawaan kami. Katanya tidak mahu menyusahka­n lalu beredar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kerana simpati dan bimbang terhadap keselamata­n pembonceng terutama empat kanak-kanak terbabit, dia berbincang dengan rakan setugas sebelum sepakat meminta kebenaran daripada pegawai atasan untuk menumpangk­an wanita itu dan anaknya.

“Selepas mendapat kebenaran daripada penyelia, kami mengejar motosikal terbabit dan mengarahka­n penunggang berhenti di bahu jalan.

“Selepas berbincang dengan ibu kanak-kanak terbabit yang hanya dikenali sebagai Syikin, wanita itu membenarka­n empat anaknya berusia tiga hingga sembilan tahun menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner milik JPJ bersama kami sehingga ke Plaza Tol Gombak.

“Selepas sampai di Plaza Tol Gombak, kami belikan makanan untuk kanak-kanak terbabit. Empat beradik itu beritahu belum jamah sebarang makanan kerana ibu mereka tidak ada wang,” katanya

Menurutnya, dia difahamkan Syikin pulang ke FELDA Jengka untuk berjumpa bapanya atas urusan keluarga sebelum kembali semula ke PPR Batu Muda.

Jelasnya, wanita itu yang membawa bersama empat anak membonceng motosikal ditunggang rakan setugasnya kerana tiada pilihan berikutan tidak ada wang.

“Saya dimaklumka­n Syikin tidak ada pekerjaan tetap. Dia bergantung kepada bayaran elaun diterima setiap kali bertugas dengan sebuah pasukan sukarelawa­n.

“Sebelum itu saya sarankan Syikin dan anaknya menaiki teksi atau Uber untuk pulang ke rumah, tapi wanita itu beritahu dia tidak ada wang untuk bayar tambang.

“Jadi kami beri RM50 kepada

Atas dasar perikemanu­siaan

kami sepakat bantu wanita itu

Shahrul Shahrizal  Netizen puji sikap murni anggota JPJ bantu lima beranak bonceng motosikal balik KL

Syikin untuk dia bayar tambang. Memang niat kami nak hantar lima beranak itu sampai ke rumah tetapi saya dan rakan perlu menyambung tugas,” katanya.

Sementara itu, Syikin ketika dihubungi mengucapka­n terima kasih kepada semua pegawai dan anggota JPJ yang membantu mereka lima beranak.

 ??  ??
 ??  ?? WANITA bersama empat anak yang membonceng motosikal rakannya.
WANITA bersama empat anak yang membonceng motosikal rakannya.
 ??  ?? SHAHRUL bersama rakan setugas membantu membawa empat anak Syikin menaiki SUV JPJ.
SHAHRUL bersama rakan setugas membantu membawa empat anak Syikin menaiki SUV JPJ.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia