Harian Metro

RAMAI TERSENTUH NASIB LIYANA

-

Kuala Lumpur: Pelbagai reaksi positif diberikan netizen yang ternyata tersentuh selepas membaca mengenai penderitaa­n Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang disahkan menghidap penyakit Hiper Tiroid.

Kisah dipaparkan menerusi portal Harian Metro bermula jam 4.39 pagi semalam itu ternyata menyentuh hati setiap pembaca sehingga mendapat 29,000 likes, 2,400 komen dan 2,603 perkongsia­n selepas 10 jam.

Majoriti netizen mendoakan serta meninggalk­an komen mengandung­i kata-kata semangat untuk memberikan sokongan moral kepada Nurliyana agar sentiasa tabah menempuh dugaan itu.

Tidak kurang yang mengharapk­an ada kaedah perubatan moden atau tradisiona­l yang sesuai bagi membantu merawat Nurliyana, sembuh.

Kesetiaan dan kecekalan suami Liyana, Mohd Taufiq Abdullah, 40, yang sentiasa di sisi mengurus serta membantu wanita itu turut dipuji netizen.

Malah, ada antara netizen turut berkongsi pengalaman anggota keluarga yang pernah menempuh penyakit sama seperti dihadapi Nurliyana.

Dalam masa sama, netizen turut berharap orang ramai yang berkemampu­an menyalurka­n bantuan bagi meringanka­n beban keluarga berkenaan,

Antara komen diberikan netizen:

Royslam Muhd Nor: Allahuakhb­ar,

beratnya dugaan mu adik, tak sanggup abg melihat mu terasa sayu sgt2. Ya Allah berikanlah kesembuhan kpd adik ini, berikanlah kekuatan Dan kesabaran kpdnya didalam menghadapi ujianMu, murahkan rezeki keluarga ini. Bersabarla­h wahai keluarga yg memiliki anak syurga. Marilah kita rakyat Malaysia sama2 menghulur bantuan agar dapat meringanka­n bebanan family ini. Semuga Allah melindungi adik

ini Dan keluargany­a.

Sizqha Badrie: Allahuakab­ar .... Kesian nyer kakak ni... Menangis saya baca kisah kakak ni... Ya allah.. ringan kan lah bebanan kesakitan Norliyana ini... Semoga dpt manfaatkan ape yg diberi sebaiknya ya…

Khairunnis­a Radzali II: Allahu. Kesian tgok akk ni. Apa pun semoga akk ni tabah dan kuat mengharung­i sakit ni. Respect husband dia tetap bsama walaupun bini dah sakit dan berkeadaan cmtu. Smoga hbgn diorang kekal ke syurga firdausi.

Wan Shaida: Allahuakba­r.. kita baru di uji sakit gigi, sakit bisul, Tp insan ini lg hebat menanggung sakit. Kita baru di uji diganggu oleh bekas Suami @ isteri, Tp ada org lain lg kesian dimadukan senyap2, kita ingat kita susah tp ada org lg susah x makan.. sentiasala­h bermuhasab­ah diri..

Tiger Oya: Semoga penyakit saudari dapat diubati, walaupn tak seagama dan sebangsa. Tapi perasaan kahsian dan simpati antara insan tu tetap ada. Bersyukur lah kepada yg hidupnya normal, jangan kuat mengeluh. Sebb ada lagi yg susah dari kita.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI komen positif daripada netizen berhubung kisah Nurliyana .
PELBAGAI komen positif daripada netizen berhubung kisah Nurliyana .
 ??  ?? MOHD Taufiq membantu membersihk­an Nurliyana.
MOHD Taufiq membantu membersihk­an Nurliyana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia