Harian Metro

PELARIAN ROHINGYA KELAPARAN

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

Yayasan Bantuan dan Kemanusiaa­n Raja Salman dengan kerjasama Sekolah Saudi Kuala Lumpur membantu memberikan pendidikan percuma kepada lebih 1,600 kanak-kanak dan remaja warga Rohingya di negara ini.

Program khidmat bakti kemanusiaa­n yang bermula sejak Januari tahun lalu itu mensasarka­n warga Myanmar berkenaan yang tinggal di sekitar Selayang dan Ampang.

Pengarah Pendidikan Sekolah Saudi Kuala Lumpur Dr Sultan Fahd Aljuhaish berkata, kanak-kanak dan remaja terbabit berusia seawal lima hingga 16 tahun.

“Kanak-kanak dan remaja ini dipilih berdasarka­n keluarga dan latar belakang mereka yang kurang berkemampu­an serta tinggal di sekitar Lembah Klang khususnya di Selayang dan Ampang.

“Sebaik menyertai program pendidikan di sini, mereka akan diajar bahasa Arab, Melayu, Inggeris, sains, matematik, kelas komputer dan membaca al-Quran,” katanya.

Alor Setar

Sebuah bot disyaki membawa 56 etnik Rohingya yang pernah ditahan pihak berkuasa Thailand dua hari lalu sebelum dilepaskan atas alasan semua penumpang mahu ke negara ini ditemui dalam keadaan kepenatan, lapar dan dahaga oleh pihak berkuasa di Langkawi, jam 9.10 pagi semalam.

Mereka yang dipercayai dari Rakhine, Myanmar ditemui pada kedudukan

0.1 batu nautika dari Pulau Nyior Setali berhampira­n Pulau Tuba, di sini oleh aset Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang ditugaskan membuat rondaan sejak kelmarin sebaik mengetahui kehadiran bot itu di perairan negara jiran.

Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, dalam bot berkenaan terdiri daripada 17 wanita dewasa, 19 (lelaki), 12 (kanak-kanak perempuan) dan lapan (kanak-kanak lelaki).

Beliau berkata, pihak Agensi

56 etnik Rohingya tiba di Langkawi selepas

‘dibebas’ pihak berkuasa Thailand

Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi bantuan awal seperti makanan, minuman serta perubatan.

“Bot itu kemudian diiringi ke Jeti Kuala Kedah manakala semua etnik terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kedah bagi proses selanjutny­a mengikut prosedur kemasukan ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak

APMM amat memandang serius terhadap isu penceroboh­an di seluruh perairan Malaysia, namun atas dasar kemanusiaa­n, etnik terbabit tetap diberi layanan baik dengan memberi makanan, minuman dan perubatan,” katanya.

Bot dinaiki etnik Rohingya itu dipercayai menghala ke selatan Andaman dari perairan

Thailand sebelum tersasar dan dikesan polis marin.

Pada Ahad lalu, Bernama melaporkan penduduk tempatan Thailand menemukan sebuah bot kayu membawa etnik Rohingya di Koh Lanta berhampira­n wilayah Krabi di selatan Thailand dipercayai dalam perjalanan ke Malaysia sebelum hujan ribut memaksa bot itu mencari perlindung­an sementara di pulau berkenaan.

Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahka­n penumpang bot itu adalah etnik Rohingya tetapi tidak mengetahui dari mana mereka datang.

“Laporan awal menyebut mereka berlabuh berhampira­n Koh Lanta (Pulau Lanta) untuk mengelak ribut. Mereka mahu menuju ke Malaysia,” katanya, merujuk kepada sebuah pulau yang popular dalam kalangan pelancong.

“Pelarian Rohingya yang menaiki bot itu dibenarkan meneruskan perjalanan mereka,” tambahnya.

Kitibodee berkata, terdapat 56 wanita, lelaki dan kanak-kanak dalam bot itu.

Ramai etnik Rohingya yang terbabit dalam krisis orang hanyut berakhir di Malaysia dan Indonesia berikutan Thailand mengekalka­n dasar untuk tidak menerima mereka.

Selain etnik Rohingya laluan laut itu turut digunakan oleh pendatang tanpa izin Bangladesh.

Statistik terbaru agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati terdapat hampir 70,000 pelarian dan pencari suaka Rohingya tinggal di Malaysia.

Kemasukan terbesar pelarian Rohingya ke pulau peranginan ini berlaku pada 2015 apabila 486 orang pelarian itu tiba di sini menaiki dua bot kayu yang turut dinaiki 672 pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

 ??  ??
 ?? Rozali Mohd Said ?? ANGGOTA APMM menunda sebuah bot yang membawa 56 orang pelarian Rohingya dari Myanmar ke Markas APMM Bukit Malut, Langkawi. Pihak APMM amat memandang serius terhadap isu penceroboh­an di seluruh perairan Malaysia, namun atas dasar kemanusiaa­n, etnik...
Rozali Mohd Said ANGGOTA APMM menunda sebuah bot yang membawa 56 orang pelarian Rohingya dari Myanmar ke Markas APMM Bukit Malut, Langkawi. Pihak APMM amat memandang serius terhadap isu penceroboh­an di seluruh perairan Malaysia, namun atas dasar kemanusiaa­n, etnik...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia